KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan tetap menitik berat aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.
"Pemberian subsidi bahan api pada masa ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter sehingga kini, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah langkah rasionalisasi subsidi dan pembaharuan cukai dapat memberi impak kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Sementara itu, Ahmad berkata berhubung langkah pembaharuan cukai, sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
"Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.
"Kerajaan juga akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mengkaji aspek pembaharuan sistem percukaian negara," katanya.
Subsidi adalah pemberian kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menampung sebahagian kos yang perlu dibayar bagi mendapatkan barangan keperluan, perkhidmatan pengangkutan dan pembiayaan daripada pelbagai dana yang disediakan.
Tujuan pemberian subsidi adalah bagi menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan tertentu dalam usaha Kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat.
Harga sebenar diesel adalah RM2.80 seliter tetapi kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak 65 sen menjadikan harga pasaran diesel RM2.15 pada ketika ini.
Ahmad berkata kerajaan akan memastikan bahawa apabila susbsidi bersasar dilaksanakan pada tahun depan iaitu jangkaan pada bulan Mac 2024, kerajaan akan memulakan dengan diesel terlebih dahulu dan kemudiannya RON95 pada bulan seterusnya.
"Untuk memastikan harga barangan tidak naik, subsidi diesel untuk kenderaan yang membawa barangan akan terus kekal, jadi tidak ada sebab harga barang boleh naik kerana harganya kekal RM2.15 seliter.
"Untuk kenderaaan perseorangan di Sabah dan Sarawak kita masih kekal RM2.15 seliter, untuk nelayan kita juga kekalkan RM1.65 seliter dan pengangkutan awam seperti bas sekolah masih kekal RM1.88 seliter walaupun ada susbsidi bersasar," katanya.
Ahmad berpendapat apa yang penting adalah penguatkuasaan undang-undang apabila subsidi bersasar dilaksanakan.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempunyai ramai pegawai untuk membanteras ketirisan, mereka menguatkuasakan 12 akta dan mereka juga berusaha untuk menwujudkan peniaga yang beretika bagi memastikan rakyat dan pengguna sentiasa dilindungi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
AHMAD: Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada. -Gambar fail/Bernama
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
DUN Nenggiri perlu bantuan Kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat - Ahmad Maslan
Katanya, CSR itu merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.