KULIM: Seorang lelaki bergelar suami orang ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kulim kerana disyaki melakukan perbuatan khalwat bersama seorang wanita bujang.
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Padang Serai, di sini dalam satu serbuan pada jam 1.54 pagi Sabtu.
Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah memaklumkan pasangan tersebut gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri dan ketika itu hanya mereka berdua berada dalam rumah berkenaan.
Jelasnya siasatan lanjut mendapati lelaki yang berasal dari Perak itu masih suami orang, manakala wanita itu berasal dari Merbok, Sungai Petani.
"Ketika ditanya, lelaki tersebut menyatakan dia hanya menumpang tidur di rumah wanita berkenaan kerana mempunyai urusan di Taiping, Perak.
"Tangkapan ini dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat awam. Pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk dibuat laporan tangkapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Astro Awani
Sat Apr 17 2021

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Padang Serai, dalam operasi pada jam 1.54 pagi Sabtu. - Foto ihsan JHEAK

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.

Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.

Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pasangan artis terkenal, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.

Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah
Siasatan mendapati, pasangan berkenaan telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.

Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.

“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, Aliff Aziz selepas mereka sah bercerai pada Khamis.

Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.

Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.

Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.