KUALA LUMPUR: Polis menahan pasangan suami isteri warga asing dipercayai menggunakan kekerasan terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas di hadapan sebuah bank di Selayang, petang Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa DBKL tersebut pada 6.41 petang melibatkan dua warga asing yang enggan bekerjasama dan melakukan provokasi agresif.
"Semasa penguat kuasa DBKL tersebut sedang melakukan rondaan, mereka terserempak dengan dua warga asing sedang berniaga di kawasan kaki lima bank tersebut dan bertindak menyita barangan mereka.
"Namun pasangan suami isteri itu bertindak menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam video sehingga menyebabkan telefon bimbitnya jatuh dan rosak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Heisham berkata pasangan suami isteri itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah ke arah muka seorang daripada penguat kuasa DBKL selain mengoyakkan baju sendiri serta menuduh perbuatan tersebut dilakukan penjawat awam tersebut bagi mengelak dirinya ditangkap.
Beliau berkata ekoran kejadian itu, kedua-dua warga asing berkenaan ditahan di tempat kejadian dan direman hingga 22 April bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Pasangan suami isteri itu bertindak menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam video sehingga menyebabkan telefon bimbitnya jatuh dan rosak. -Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Tanah jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi terima sumbangan ihsan RM30,000
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa.
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL tawar kadar khas kompaun trafik, kesalahan am
DBKL menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am mulai hari ini hingga 29 Feb sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
DBKL peruntuk RM2.66 bilion untuk Belanjawan 2024
DBKL memperuntukkan sebanyak RM2.66 bilion bagi Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan dan kemakmuran warga kota.
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.
Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL
Lampu isyarat di kebanyakan jalan raya sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi susulan bekalan elektrik yang terputus, pada Rabu.
Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.
Hujan lebat, KL banjir lagi
Setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi di ibu negara yang terjejas.
DBKL laksana 14 langkah interim, rancang atasi banjir kilat
DBKL melaksanakan 14 langkah interim dengan kos sekitar RM10 juta di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 mulai bulan ini bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.