KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua kanak-kanak yang juga anak kepada pasangan tersebut pada Januari lalu.
Tertuduh, Nur Syafiqah Rosli, 28, dan suaminya, Noor Aliff Ridzwan Zakaria, 29, masing-masing ibu kandung dan bapa tiri kepada kedua-dua mangsa, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, pasangan itu secara bersama menganiaya seorang kanak-kanak perempuan lima tahun dan seorang kanak-kanak lelaki enam tahun sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Perumahan Pandai Damai Bukit Rangin Kuantan pada Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua tertuduh juga boleh dikenakan perintah bon berkelakuan baik dan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Hamizey Mat Taib.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dan syarat tambahan tidak boleh menghampiri mangsa yang kini berada di bawah jagaan nenek mereka sehingga kes selesai.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohamad Hamizey Mat Taib dalam rayuan memohon agar jaminan dikurangkan kerana tertuduh lelaki bekerja sebagai pemandu lori yang berpendapatan RM2,500 sebulan manakala tertuduh wanita pula tidak bekerja.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin RM12,000 setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Julai untuk serahan dokumen.
Mereka juga diminta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu menyerahkan paspot antarabangsa sehingga selesai kes perbicaraan.
Mohd Zalani Md Atan
Thu May 25 2023
Pasangan suami isteri terbabit dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, pada Khamis. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.
Suami isteri didakwa dera anak guna rotan, penyangkut baju
Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.
Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau
Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak pada Jumaat.
Ibu, rakan wanita dipenjara tujuh tahun aniaya anak hingga cedera
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun.
Polis tahan bapa, teman wanita dera budak tujuh tahun
Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya pada Jumaat kerana dipercayai terlibat mendera anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.
Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
Ibu didakwa jirus anak dengan air panas, berang data internet habis
Seorang wanita didakwa menyimbah air panas terhadap anaknya selepas berang dengan tindakan mangsa yang menghabiskan data internetnya.
Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal terhadap seorang kanak-kanak.
Suami isteri tidak mengaku bersalah dera, aniaya dua anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua anak mereka.
Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera
Sepasang suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika dirawat di HSA, bulan lalu.