ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya pada Jumaat kerana dipercayai terlibat mendera anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek lelaki berusia 37 tahun, manakala teman wanitanya berusia 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Pulai Jaya, Skudai di sini.
"Mereka direman selama seminggu bermula Jumaat sehingga esok. Tindakan ini diambil susulan laporan polis yang diterima pada jam 4.13 petang Jumaat lalu.
"Seorang pengadu yang juga seorang wanita memaklumkan menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.
"Pengadu juga menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, penderitaan kanak-kanak lelaki itu yang didera sejak enam bulan lalu berakhir selepas disedari pengadu yang juga jirannya sebelum diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.
Menurut Pengasas Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor, M Caren Nantheny, 46, mangsa tinggal bersama bapa kandung dan teman wanitanya itu serta anak wanita berkenaan yang berusia tiga tahun.
Caren berkata, pihaknya dan Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai kemudian meminta bantuan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas suspek tidak memberikan kerjasama apabila mereka mahu melihat keadaan mangsa pada malam Khamis sebelum kedua-duanya diberkas pada petang Jumaat.
Mengulas lanjut, Rahmat berkata, pihak polis kemudian membawa kanak-kanak itu ke balai polis dan pengadu turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.
Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan tinggal bersama bapa kandungnya serta teman wanita bapanya.
"Terdapat kesan dipukul terhadap tubuh badan mangsa, juga kesan pukul yang lama. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak 2001," ujar beliau.
Sementara itu, Caren berkata, pihaknya menerima tujuh aduan berkenaan kes penderaan kanak-kanak dan wanita sejak awal tahun sehingga kini.
"Ini kes yang diadukan kepada pihak kami, difahamkan ada banyak kes yang tidak dilaporkan kepada NGO kami ataupun pihak polis. Ada juga kes selepas dilaporkan kepada pihak polis tetapi tidak diteruskan kerana tidak mahu meneruskan proses atau prosedur seterusnya kerana dianggap rumit," katanya.
Beliau berkata, mana-mana pihak terutama isteri yang didera perlu tampil ke depan membuat laporan di balai polis bagi mendapatkan pembelaan dan keadilan serta tidak sewajarnya berdiam diri.
Orang ramai atau mangsa penderaan katanya, boleh menghubungi 911 atau Talian Kasih 15999 iaitu khusus untuk membantu mereka yang menghadapi masalah sosial berkaitan kebajikan, penderaan, kaunseling, pembuangan bayi, masalah sosial remaja, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan perlindungan kepada yang memerlukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 18 2023

Kanak-kanak itu dipercayai tinggal bersama bapa kandung dan teman wanitanya serta anak wanita berkenaan yang berusia tiga tahun. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Suami isteri didakwa dera anak guna rotan, penyangkut baju
Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau
Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak pada Jumaat.

Ibu, rakan wanita dipenjara tujuh tahun aniaya anak hingga cedera
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun.

Polis tahan bapa, teman wanita dera budak tujuh tahun
Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya pada Jumaat kerana dipercayai terlibat mendera anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.

Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Ibu didakwa jirus anak dengan air panas, berang data internet habis
Seorang wanita didakwa menyimbah air panas terhadap anaknya selepas berang dengan tindakan mangsa yang menghabiskan data internetnya.

Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal terhadap seorang kanak-kanak.