Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.
Hakim Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen, 56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90, Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.
Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.
Beliau berkata mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.
"Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.
"Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.
Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.
Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.
Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008.
Bernama
Thu Mar 06 2014
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Suami isteri ke tali gantung bunuh pembantu rumah warga Indonesia
Hukuman dijatuhi setelah hakim berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.