IPOH: Balai Gambang Cempaka Sari (BGCS) dihentikan operasi sementara waktu sejak tahun lalu ekoran struktur bot yang usang dan rosak, selain paras air Sungai Perak surut.
Menurut jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), walaupun pihaknya telah melakukan kerja baik pulih berterusan, namun struktur yang usang menyebabkan operasi tidak dapat diteruskan kerana boleh membahayakan keselamatan pengunjung.
"Paras air Sungai Perak surut ke paras yang terlalu rendah pada Mac hingga Disember 2023.
"Struktur bot yang lama dan faktor cuaca panas melampau mengakibatkan BGCS mengalami kerosakan yang lebih buruk.
"Bagi memulihara BGCS dan mengekalkannya sebagai khazanah warisan, PKNPk telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak bagi membaik pulih dan menyelenggara keseluruhan BGCS," katanya.
Dalam pada itu katanya, kos dianggarkan sekitar RM100,000.
Selain itu, jelasnya, JKR Perak turut meninjau keadaan bot pada November tahun lalu dan telah mengenal pasti kerosakan yang meliputi tiang dan dinding yang reput, kertas dinding lusuh dan koyak serta kebocoran lantai bot di bahagian tengah.
"Dalam masa sama, PKNPk sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Perak untuk menjadikan BGCS sebagai bahan pameran warisan bersejarah di negeri ini.
"Terkini PKNPk dalam proses fasa akhir menyerahkan semula BGCS kepada JKR Perak untuk diperbaiki dan diselenggara sepenuhnya," katanya lagi.
Sebelum ini media melaporkan, ramai yang tertanya-tanya, tidak kurang juga meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat belayar di Sungai Perak dengan menaiki Balai Gambang Cempaka Sari di Kuala Kangsar.
Lebih-lebih lagi ketika rancak diuar-uarkan tentang Tahun Melawat Perak 2024, semestinya ramai mata tertumpu di negeri ini bagi mencari lokasi beriadah bersama keluarga.
Balai Gambang wujud sejak tahun 1754, dibina bersempena pertabalan sultan baharu dan ia menjadi simbolik kepada Kesultanan Melayu Perak.
BGCS dibina sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 13 Mei 2015.
Selepas istiadat pertabalan tersebut, BGCS diserahkan kepada PKNPk oleh JKR Perak bagi tujuan tarikan pelancongan di Kuala Kangsar.
BGCS digerakkan oleh tiga buah enjin sangkut, dan boleh memuatkan 25 penumpang dalam satu masa menelusuri Sungai Perak (Kuala Kangsar) dengan jangka masa pelayaran sekitar 30 hingga 40 minit.
Aida Aziz
Fri Feb 23 2024
Media melaporkan sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang kecewa kerana tidak dapat belayar di Sungai Perak dengan menaiki Balai Gambang Cempaka Sari di Kuala Kangsar. - Foto Astro AWANI
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
Pelajar Tingkatan 2 jatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Mayat pelajar Tingkatan Dua yang terjatuh ke dalam Sungai Perak, berhampiran jeti Kampung Terengganu, pada Jumaat, ditemui petang Sabtu.
Pelajar Tingkatan 2 dikhuatiri lemas terjatuh Sungai Perak
Seorang pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran jeti Kampung Terengganu, di sini, pada Jumaat.
Lelaki terjatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu 5, dekat sini, semalam, ditemui lemas hari ini.
Pengakap OKU bakal cipta rekod berkayak sejauh 360km menyusuri Sungai Perak
Mohd Syukor berkata faktor cuaca dan air pasang merupakan antara cabaran utama yang bakal dihadapinya.
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Perak
Mangsa yang berusia 60 tahun itu terjatuh dari bot ketika memancing seorang diri di sungai tersebut.
Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km
Nur Adila memulakan Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 di Tasik Banding, Gerik pada 27 Disember lepas.
Mayat penoreh getah warga Indonesia ditemui terapung
Mayat ditemukan dalam jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Perak ditemui
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan semula jam 8 pagi ini yang melibatkan 35 anggota dari pelbagai agensi.
Kanak-kanak enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Perak
Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak, berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput petang Selasa.