SUNGAI PETANI: Punca kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan yang dipercayai tertinggal di dalam kereta selama empat jam di sebuah tadika di Taman Ria di sini pada Selasa adalah berkemungkinan akibat mengalami strok haba.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, hasil ujian awal itu diperolehi dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini yang turut menunjukkan mangsa masih bernyawa ketika gurunya cuba memberi bantuan pernafasan (CPR).
"Apa yang diterangkan oleh pihak doktor yang menjalankan post-mortem, keadaan si mati ini mayatnya adalah konsisten dengan senario, maknanya ciri ciri strok haba itu ada.
"Walau bagaimanapun pihak hospital telah mengambil beberapa sample dalam badan untuk menentukan betul-betul punca kematian. Maka perlukan pemeriksaan lanjut," katanya di sini hari ini.
BACA: Pengetua tadika direman tiga hari bantu siasatan kes kanak-kanak mati dalam kereta
BACA: Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
Katanya lagi, polis telah merakam percakapan semua guru yang mengajar di tadika terbabit.
Siasatan terhadap pengetua juga masih dijalankan dan tempoh reman akan berakhir esok.
Katanya setakat ini faktor kecuaian antara siasatan utama yang dijalankan ketika ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari Selasa lalu mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika.
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 18 2021

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari Selasa lalu mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika. - Gambar fail/Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiga maut ditemukan lemas dalam kereta
Mangsa iaitu dua lelaki dan seorang perempuan terperangkap dalam kereta Perodua Alza di Hentian Rehat Yong Peng (arah selatan).

Strok haba dipercayai punca kematian kanak-kanak ditemui dalam kereta di tadika
Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika pada Selasa.

Pengetua tadika direman tiga hari bantu siasatan kes kanak-kanak mati dalam kereta
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 49 tahun itu direman selama tiga hari.