KUALA LUMPUR:Strategi pembangunan negara dan usaha merancakkan aktiviti ekonomi domestik perlu disusun semula bagi memastikan pelaksanaan projek berimpak tinggi dapat disegerakan dalam tempoh mencabar ketika ini.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata, justeru, tatacara perolehan sedia ada perlu disemak kesesuaiannya dalam tempoh sukar ini bagi membolehkan pelaksanaan projek berimpak tinggi untuk kepentingan awam berjalan mengikut jadual.
"Ini sekali gus mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan," kata MTEN dalam satu kenyataan hari ini.
MTEN telah mengadakan mesyuarat secara sidang video semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendengar pembentangan mengenai "Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan 2020" oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Menurut MTEN mesyuarat itu turut mengambil maklum bahawa pandemik COVID-19 telah mengakibatkan perbelanjaan isi rumah, pelaburan pihak swasta dan perdagangan antarabangsa merosot dengan drastik dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.
Bagi menangani situasi ini, perbelanjaan kerajaan perlu ditingkatkan dan projek-projek dilaksanakan dengan segera bagi membantu memulihkan ekonomi negara.
Setakat 8 Nov, 2020, kerajaan telah membelanjakan 80.62 peratus daripada peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan bagi tahun 2020 yang berjumlah RM64.96 billion.
"Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan tahun 2020 juga adalah lebih tinggi berbanding tahun 2019 berikutan pelaksanaan projek rangsangan ekonomi dan beberapa langkah lain yang telah diambil bagi mempercepatkan perbelanjaan pembangunan serta pelaksanaan projek-projek berskala kecil di bawah pakej rangsangan," kata MTEN.
Menurutnya, kerajaan sedar, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar yang berterusan di beberapa buah negeri dan wilayah telah mempengaruhi kegiatan ekonomi.
"Oleh itu, perbelanjaan pembangunan kerajaan harus memberi keutamaan kepada pelaburan yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan nilai faedah terbaik bagi menyokong pemulihan ekonomi," kata MTEN.
Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum kepentingan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan awam yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan pengganda yang besar kepada ekonomi.
Justeru, semua kementerian telah diminta agar memulakan pelan perolehan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 secepat mungkin bagi memastikan projek dapat dilaksanakan segera.
MTEN berkata satu Jawatankuasa Pemudahcara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan dan membantu memudahkan proses-proses yang terbabit telah diwujudkan pada pertengahan Julai tahun ini.
Setakat ini, beberapa keputusan penting telah diambil oleh jawatankuasa ini.
Antaranya, memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan bertindak sebagai 'enabler' (pemboleh) dan peraturan sedia ada tidak melambatkan proses kerja dan penyelesaian projek dijadikan penunjuk prestasi utama bagi semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Perbelanjaan kerajaan perlu ditingkatkan dan projek-projek dilaksanakan dengan segera bagi membantu memulihkan ekonomi negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia perlu manfaatkan potensi besar industri nadir bumi - PM Anwar
Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.

KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.

Mesyuarat MTEN setuju tiga cadangan menoktahkan kemiskinan - Anwar
Semua agensi dan kementerian menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu.

Perkembangan ringgit tidak jejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Perkembangan ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, insentif dan terkait produktiviti - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan model dasar ini diusulkan setelah MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan majikan dan pekerja.

Dasar gaji progresif dibentang ke MTEN 7 Ogos
Dasar atau model gaji progresif akan dibentang kepada MTEN 7 Ogos ini bagi mendapatkan keputusan dasar sebelum ia boleh dilaksanakan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi berhak bersuara mengenai gaji progresif, kata Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia bakal membentangkan isu berkaitan gaji progresif kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Ogos.

Kerajaan percepat pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga
Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) bagi mengangkat Malaysia menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu..
![[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit [KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51559091424_MohdYusof.jpg)
[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit
MTEN adalah majlis penasihat ekonomi tertinggi kepada Kerajaan yang meneraju perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ekonomi negara secara menyeluruh.