Darurat yang diisytiharkan akibat bencana jerebu di seluruh daerah Muar dan Ledang mungkin akan ditarik balik.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata ini adalah kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar mencatakan bacaan 170 setakat pukul 5 pagi.
"Jabatan Alam Sekitar akan terus pantau situasi jerebu.
"Jabatan Alam Sekitar juga akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai status darurat di Muar dan Ledang.
"Sekiranya situasi menjadi stabil di tahap tersebut, maka status darurat akan ditarik balik," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib membuat pengisytiharan darurat tersebut selepas IPU di Muar telah melebihi 500 iaitu tahap kecemasan.
Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.
Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.
T K Letchumy Tamboo
Mon Jun 24 2013
Tiada perincian, kerangka jelas - Radzi Jidin
Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan pada Jumaat itu.
Belanjawan yang angkat martabat dan junjung hak rakyat
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan sentuh semua rakyat, rapat jurang Sabah dan Sarawak
Timbalan Perdana Menteri I itu berkata, belanjawan kali ini juga tidak meminggirkan masyarakat desa malah merapatkan jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Platform menyeluruh bagi negara hadapi cabaran tahun depan
Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah
Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan
Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.