Dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada keraguan dalam keputusan Peguam Negara berhubung penutupan kes berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Tan Sri Musa Hassan berkata hasil mesyuarat Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas di Putrajaya hari ini memutuskan untuk menerima keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Musa, yang menghadiri mesyuarat kedua-dua panel itu, berkata kedua-dua panel itu menerima keputusan Peguam Negara bahawa tidak ada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International.
Justeru, kedua-dua panel itu akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut bagi menerangkan perkara itu kepada rakyat.
"Tidak, tidak ada keraguan dalam kes ini. Kami telah mengambil keputusan untuk bertemu dengan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut," kata Musa ketika dihubungi Bernama.
"Ia penting untuk panel mendapatkan penjelasan daripadanya bagi menerangkan perkara itu kepada rakyat nanti agar rakyat lebih faham kenapa kes itu tidak perlu didakwa," kata Musa.
BACA: PPO nasihat SPRM bincang dengan Peguam Negara
BACA: SPRM mahu keputusan Peguam Negara dinilai semula
BACA: Isu RM2.6 bilion ditutup: PM seru rakyat bersatu padu, gerak ke hadapan
Semalam, SPRM mengumumkan pihaknya akan merujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO untuk penilaian dan pertimbangan.
PPO merupakan satu daripada badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009 dan antara terma rujukan PPO adalah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.
Bernama
Thu Jan 28 2016
![SRC, RM2.6 bil: Dua panel penasihat SPRM tidak ragu keputusan Peguam Negara SRC, RM2.6 bil: Dua panel penasihat SPRM tidak ragu keputusan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442231684_MusaHassan.jpg)
MUSA: Tidak, tidak ada keraguan dalam kes ini. Kami telah mengambil keputusan untuk bertemu dengan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut. - Gambar Fail
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701929360_TBMASHUP.jpg)
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
![Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701929360_TBMASHUP.jpg)
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
![Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690265489_TanSriApandiAli.jpg)
Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.
![1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti 1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693209185_ZetiAkhtarAziz.jpg)
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
![Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679977730_TunMahathirSidang.jpg)
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
![Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690265489_TanSriApandiAli.jpg)
Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.
![Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690265489_TanSriApandiAli.jpg)
Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.
![Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621950200_MohamedApandiAli.jpg)
Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.
![Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658659732_TunM.jpg)
Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.
![Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661068485_TBWANJUNAIDI.jpg)
Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.