Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan Rasuah (MESPR) di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT), bermula tahun depan, untuk meningkatkan kesedaran kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penubuhan MESPR merupakan pendekatan yang memberi penekanan terhadap usaha penerapan nilai anti rasuah di kalangan mahasiswa.
"Secara khususnya, struktur mekanisme MESPR ialah di setiap IPT mempunyai wakil daripada SPRM dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kita akan mengemukakan cadangan iaitu ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam MPP," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Malam Gala Kemuncak bersempena Majlis Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah kali ke-5 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini malam tadi.
Mustafar berkata pendekatan menerusi pendidikan merupakan cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya amalan rasuah kepada generasi muda supaya membenci rasuah dan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah serta ikhlas.
Katanya pihak SPRM akan mengadakan pelbagai program sebagai inisiatif meningkatkan pengetahuan mahasiswa mengenai jenayah rasuah dan berharap menerusi penyertaan mereka dalam sekretariat itu sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong Wan Sabri Wan Ismail.
Bernama
Tue Nov 24 2015

SPRM akan meletak wakilnya dalam Majlis Perwakilan Pelajar di setiap institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah. - Gambar fail/AFP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

SPRM tubuh majlis eksekutif sekretariat pencegahan rasuah di IPT
Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.