Menurut sumber kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pada 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Sumber itu berkata kedua-dua pegawai kanan tersebut menerima wang terbabit sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk pertubuhan berkenaan.
"Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing," katanya.
Sumber itu berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA