Warga Bangladesh antara 21 individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam ‘Ops Sejuk’ berhubung kesalahan menyogok pihak berkuasa untuk menutup mata terhadap kewujudan kebun sayur haram di sekitar kawasan Cameron Highlands.
Lelaki Bangladesh itu juga mengaku mempunyai saham berjumlah RM500,000 dalam sebuah syarikat pemilik kebun sayur berkenaan.
“Warga Bangladesh berusia 42 tahun yang ditahan itu telah menetap selama 10 tahun di negara ini dan mempunyai kereta Toyota Camry baru.
“Mereka didapati memberi rasuah bagi mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam satu kenyataan hari ini.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementera (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.
Kesemua 21 individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 68 tahun.
Ops Sejuk dijalankan SPRM dengan kerjasama Majlis Keselamatan Dalam Negara sejak enam bulan lepas.
Melalui operasi itu, SPRM telah membuat tangkapan serentak di beberapa kawasan di Cameron Highlands bermula 30 Jun lalu.
Mereka didapati menjalankan pelakuan rasuah di Ringlet (sembilan), Tanah Rata (seorang), Tringkap (dua), Brinchang (seorang), Kampung Raja (enam), Kuala Terlah (satu) dan Kampar (satu).
“Pekebun-pekebun sayur yang aktif dikawasan seluas lebih 165 ekar (41 hektar), didapati membayar rasuah sehingga RM30,000,” katanya lagi.
Semua mereka yang ditahan bagaiamanapun telah dilepaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Aktiviti penerokaan haram masih berlaku
Hasil pemantauan SPRM dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati aktiviti penerokaan kebun secara haram terus berlaku di Cameron Highlands.
Tegas Mohd Shukri, SPRM hanya menjalankan siasatan dari segi kesalahan rasuah.
“Isu ini telah lama sejak tahun lalu dan tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa ke atas pencerobohan tanah bagi mengelakkan penerokaan tanah yang baru,
“Isu penerokaan haram dan pendatang tanpa izin di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berkaitan,” katanya lagi.
Beliau turut berharap agar tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa terbabit termasuklah tindakan penguatkuasaan berkaitan Akta Racun dan pendatang tanpa izin.
Sehubungan itu, SPRM sedia berkongsi maklumat dengan agensi lain bagi memastikan permasalah yang berlaku dapat diatasi sehingga ke akar umbi.
Astro Awani
Wed Jul 01 2015

Lelaki Bangladesh itu juga mengaku mempunyai saham berjumlah RM500 ribu dalam sebuah syarikat pemilik kebun sayur berkenaan - Gambar Hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.

Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.

Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.

Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.