Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat aktiviti pengeluaran 'Enforcement Card' (E-Kad) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa mengikuti prosedur ditetapkan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam kegiatan pengeluaran E-Kad itu sekiranya menerima laporan.
"Sekiranya ada laporan, kami akan siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-6 Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada wujud unsur rasuah dalam kegiatan mengeluarkan E-kad kepada PATI tanpa mematuhi prosedur Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring).
Pada Isnin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata kementerian mendapati ada beberapa Jabatan Imigresen mengeluarkan E-kad kepada PATI yang tidak mengikuti prosedur Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Program yang diperkenalkan pada 15 Feb 2017 itu dilaksanakan di 13 negeri di Semenanjung pada masa ini bertujuan membolehkan PATI mendapatkan permit kerja sah selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan KDN sebelum E-Kad dikeluarkan Jabatan Imigresen.
Pada majlis itu, seramai 175 peserta program daripada pelbagai agensi kerajaan menerima sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Zainal Rahim, yang membacakan teks ucapan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata CeIO mampu meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi menjadi kelas pertama kerana mereka telah dilatih untuk menjamin standard dan kualiti serta meletakkan integriti pada kedudukan tinggi dalam organisasi.
"Saya amat pasti bahawa CeIO dapat membentuk rangkaian pegawai yang pakar dalam pencegahan rasuah dan menjadi pemangkin budaya kerja yang berintegriti," katanya.
Program CeIO dijalankan sejak 2010 dengan 656 peserta telah ditauliahkan melalui 17 siri program termasuk satu program CeIO swasta yang baru diperkenalkan. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam kegiatan pengeluaran E-Kad itu sekiranya menerima laporan. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH).

SPRM sedia siasat pihak terlibat keluarkan E-kad tanpa ikut prosedur
SPRM sedia menyiasat aktiviti pengeluaran 'Enforcement Card' kepada pendatang asing tanpa izin tanpa mengikuti prosedur ditetapkan.

SPRM guna Akta Percukaian perkukuh usaha banteras rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Kes penyelewengan di Sabah - rampasan terbesar SPRM selepas 49 tahun
Rampasan RM114.5 juta berkaitan penyelewengan projek infrastruktur asas di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.