Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, yang ditubuhkan 49 tahun lalu.
Kejayaan itu selaras dengan fokus utama Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad selepas mengambil alih teraju SPRM pada 1 Ogos lepas untuk membersihkan perkhidmatan awam.
Seorang pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan. Sementara siasatan dijalankan, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit, dengan dua orang penjamin.
Susulan itu, SPRM turut merampas geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama serta kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit daripada lebih 20 orang suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan.
BACA: Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu - SPRM
BACA: Lim Guan Eng ditahan SPRM
Antara kes yang turut mendapat perhatian umum pada tahun ini ialah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemilik banglo yang dibelinya, Phang Li Koon, pada 29 Jun.
SPRM menyiasat Lim berhubung pembelian banglo itu dengan harga RM2.8 juta daripada Phang yang dikatakan di bawah harga pasaran RM4.27 juta.
Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglo berkenaan.
Pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam, dua daripadanya 'Datuk' dan seorang lagi 'Datuk Seri', ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
BACA: 'Datuk Seri' dari DBKL direman tujuh hari berhubung kes rasuah, gubah wang haram
BACA: Kes rasuah: Pegawai kanan TNB direman tujuh hari
Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad, serta ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 50-an dan akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta, dibekukan meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta dan RM6 juta setiap seorang.
Turut disita beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse, banglo dan kenderaan mewah, antaranya Maserati, BMW dan Audi. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2016

Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Gambar SPRM Sabah

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH).

SPRM sedia siasat pihak terlibat keluarkan E-kad tanpa ikut prosedur
SPRM sedia menyiasat aktiviti pengeluaran 'Enforcement Card' kepada pendatang asing tanpa izin tanpa mengikuti prosedur ditetapkan.

SPRM guna Akta Percukaian perkukuh usaha banteras rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Kes penyelewengan di Sabah - rampasan terbesar SPRM selepas 49 tahun
Rampasan RM114.5 juta berkaitan penyelewengan projek infrastruktur asas di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.