Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Okt ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.
"Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum," katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360, di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua anggota Kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.
Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata setakat ini, pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.
Katanya, SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.
"Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu," katanya.
Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata program akan bersiaran bermula 22 Sept ini di Bernama Radio.
"Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilkan pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah," katanya.
Beliau berkata program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjaya dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.
"Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatkan lebih ramai pendengar.
"Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangkan masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 19 2018

SHAMSUN: Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum. - BERNAMA/Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.

RUU KATF 2023: Masa depan ekonomi Malaysia
Kenyataan media oleh masyarakat sivil kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia- Integriti Governans dan Anti Rasuah.

Pemantapan tata kelola organisasi melalui AIGA
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Mat Kilau hero sebenar anti rasuah, pengkhianatan - Mujahid
Bangsa Melayu di negara ini perlu mengambil semangat Mat Kilau agar mereka bebas dari cengkaman para pendusta bangsa.

Prolintas rakan strategik korporat pertama Rasuah Busters
Ketua Jabatan Integriti Prolintas, Dr Rozaidi Razali berkata, kerjasama itu bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang menolak rasuah.

Perlu badan bebas perhati NGO ahli politik - Mustapha
Sebuah badan bebas perlu diwujudkan untuk memantau mana-mana ahli politik yang menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan amal.

Elemen antirasuah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun depan
Ia adalah usaha untuk mendidik akan pencegahan rasuah di peringkat awal persekolahan bagi membanteras gejala berkenaan.

Tonton video anti rasuah sebelum tengok wayang
Azam berkata, inisiatif yang julung kali dilaksanakan itu ialah bagi menyampaikan mesej anti rasuah secara lebih berkesan kepada masyarakat.

SPRM papar senarai pengisytiharan harta MP, menteri PH bermula 1 Okt
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan di portal suruhanjaya itu bermula 1 Okt ini.