Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan tujuh individu dan menyita 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
Kenderaan yang diseludup dikatakan telah dikategorikan sebagai kenderaan lusuh yang mana dilarang diimport tanpa kebenaran khas ke negara ini kecuali dalam bentuk alat ganti terpakai atau untuk sukan permotoran.
Kesemua tangkapan dan rampasan itu dibuat pasukan itu dalam operasi selama dua hari sejak Selasa lepas di sekitar Seremban dan Johor Bahru.
Hasil intipan dan risikan pegawai SPRM dan maklumat daripada orang awam selama hampir sebulan, dua individu ditahan dan dua buah kenderaan disita di daerah ini kerana didapati menggunakan pelekat cukai jalan asli dengan nombor pendaftaran kenderaan sah atau sering dikenali sebagai kereta kembar, klon atau pendua.
Susulan penahan dua lelaki berkenaan, pasukan SPRM yang diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan Shaharom Nizam Abd Manap sendiri telah membuat serbuan ke sebuah rumah di Johor Baharu dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 hingga 46 tahun.
Dalam serbuan itu, pasukan SPRM turut menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah yang disyaki diseludup dari negara jiran.
Difahamkan sebuah premis pejabat juga telah diserbu dan beberapa peralatan seperti komputer dan pencetak telah dirampas termasuk pelekat cukai jalan asli yang telah siap bercetak dan seorang lelaki ditahan.
Semua yang ditangkap telah ditahan reman antara dua hingga empat hari.
Shaharom Nizam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan sitaan kenderaan terbabit.
Beliau turut meminta semua pemilik kenderaan lusuh atau klon menyerahkan secara sukarela kenderaan dalam milikan mereka ke pejabat SPRM yang berhampiran atau tindakan undang-undang akan diambil jika enggan berbuat demikian.
Pemilikan kenderaan lusuh adalah berbahaya kerana jika digunakan dalam aktiviti jenayah dan berlaku kesalahan trafik akan mengakibatkan penganiayaan kepada pemilik yang sah.
Selain itu, jika berlaku kemalangan tiada tuntutan insuran boleh dibuat kerana kenderaan lusuh tidak mempunyai perlindungan insuran.
Kerajaan juga mengalami kerugian kerana tiada hasil cukai dapat dikutip dan industri automobil negara juga terjejas jika kenderaan lusuh tidak dikawal.
Shaharom Nizam memaklumkan siasatan kes itu dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bernama
Fri Apr 17 2015
![SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71379408932_295x200.jpg)
Dalam serbuan itu, pasukan SPRM turut menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah yang disyaki diseludup dari negara jiran.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![SPRM tahan guru disyaki salah guna kuasa SPRM tahan guru disyaki salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51533113657_BajuLokap.jpg)
SPRM tahan guru disyaki salah guna kuasa
Seorang guru sekolah menengah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, kerana disyaki menyalah guna kuasa bagi pembekalan alat ganti automotif.
![Seleweng duit raya, timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM Seleweng duit raya, timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605260611_SPRMMDBrasuah.jpg)
Seleweng duit raya, timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM
Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di Alor Setar.
![SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603252145_MPVSADA.jpg)
SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA
Bagaimanapun, SPRM tidak melakukan serbuan ke atas SADA, malah tiada kakitangan syarikat itu ditahan setakat ini.
![COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602046352_TBTuntutanPalsu.jpg)
COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
![Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592304848_SPRMMDBrasuah.jpg)
Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, menyerbu pejabat anak syarikat sebuah universiti awam terkemuka di Utara tanah air pada Khamis.
![Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591066677_tagsSPRMKedahre.jpg)
Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari
Suspek dipercayai meminta rasuah RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada orang awam sebagai balasan memastikan kes dituduh di mahkamah.
![SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000 SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591059224_DATUKSHAHAROMNIZAM.jpg)
SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
![Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman
Kedua-dua suspek didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai secara bulanan bernilai antara RM200 sehingga RM2,000 daripada nelayan dan pemilik bot.
![Lebih 10,000 pelekat cukai jalan diseludup keluar dari JPJ - SPRM Lebih 10,000 pelekat cukai jalan diseludup keluar dari JPJ - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71379408932_295x200.jpg)
Lebih 10,000 pelekat cukai jalan diseludup keluar dari JPJ - SPRM
SPRM Negeri Sembilan mengesan terdapat lebih 10,000 keping pelekat cukai jalan diseludup keluar daripada simpanan pihak JPJ di antara November tahun lepas hingga Mac tahun ini.
![SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71379408932_295x200.jpg)
SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta
SPRM Negeri Sembilan menahan tujuh individu dan menyita 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran.