KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan program bersasar melibatkan sektor perolehan kerajaan, sektor dana awam/peruntukan kerajaan dan sektor penguatkuasaan sepanjang tahun ini bagi mencegah berlakunya amalan rasuah.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Datuk Razim Mohd Noor berkata program itu, yang akan dilaksanakan menerusi bahagian berkenaan, memberi tumpuan terhadap isu kartel, ketirisan dana kerajaan, pelanggaran undang-undang dan ketidakcekapan dalam mengutip hasil kerajaan.
"Setakat April tahun ini, sebanyak 33 program bersama agensi penguatkuasaan telah diadakan di seluruh negara. Selain itu, sebanyak 74 program turut dijalankan bersama kementerian dan agensi kerajaan yang berisiko serta yang menerima peruntukan besar dalam Belanjawan 2023.
"Antaranya program dialog SPRM bersama Jabatan Kerja Raya yang diadakan bagi memastikan jabatan itu meneruskan tata kelola yang baik dalam pengurusan projek," katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata pada masa sama, SPRM turut mengambil pendekatan menyebarluaskan antirasuah menerusi pendidikan formal dan tidak formal di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peringkat sekolah menengah dan rendah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Antaranya pelaksanaan Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) secara elektif yang telah ditawarkan kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta selain kursus KIAR Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi pelajar pengambilan sijil dan diploma," katanya.
Bagi program pendidikan tidak formal pula, SPRM menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah melalui program Wira Anti Rasuah (WAR) serta program pertandingan bertema mengikut takwim KPM.
"Di peringkat pengajian tinggi pula, pengisian adalah berbentuk kelab seperti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), pertandingan Debat IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM, Konvensyen Mahasiswa Antirasuah, Konvensyen AMAR dan siri dialog mahasiswa bersama pegawai SPRM," katanya.
Razim berkata bagi pendekatan pendidikan tidak formal untuk masyarakat pula, ia disebar luas dalam program berbentuk kesedaran dan pengetahuan berkaitan antirasuah yang memfokus kepada golongan sasar.
"Ia dilaksanakan mengikut fungsi dan cawangan, contohnya jika agensi kerajaan, ia menyasarkan penjawat awam dan jika cawangan sosiobudaya pula, ia menyasarkan masyarakat dan pemimpin berpengaruh di dalam masyarakat," katanya.
Mengulas persepsi dan aspek keberkesanan program yang telah dianjurkan, Razim berkata 92.9 peratus daripada 6,471 responden terdiri daripada penjawat awam, pelajar, pekerja sektor swasta, orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan maklum balas inisiatif yang dilakukan oleh SPRM itu sebagai amat baik.
Beliau berkata daripada 92.9 peratus responden itu, sebanyak 57.1 peratus merupakan penjawat awam; pelajar (24.7 peratus); pekerja sektor swasta (11.9 peratus); orang awam (4.3 peratus) dan NGO (1.9 peratus).
Dapatan itu diperoleh hasil Kajian Penilaian Keberkesanan Program Antirasuah SPRM 2022 yang dilaksanakan mulai 3 Mac 2022 selari dengan Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009 iaitu mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah.
Mengulas lanjut, Razim berkata hasil kajian itu juga mendapati sebanyak 93.8 peratus responden berpandangan segala tindakan membanteras rasuah yang dilakukan SPRM adalah sangat berkesan.
Katanya pada masa sama, SPRM akan memperkenalkan Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MaCos) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), selaku agensi utama dalam bidang perangkaan.
Beliau berkata kajian itu akan melibatkan khidmat tenaga pakar serta bantuan teknikal daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) selain ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Kajian ini akan menggunakan kerangka konseptual berdasarkan indikasi persepsi, pengalaman dan data pentadbiran. Maka akan ada tinjauan-tinjauan yang akan dijalankan berasaskan modul penduduk, perniagaan dan penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Razim berkata, SPRM turut mengambil pendekatan menyebarluaskan antirasuah menerusi pendidikan formal dan tidak formal di IPT serta peringkat sekolah, dengan kerjasama KPM dan KPT. - Gambar fail BERNAMA
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran
Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.

Op Birth: Pengamal undang-undang ditahan disyaki bantu sindiket daftar kelahiran
Menurut sumber, pemohon akan membayar sejumlah wang sebelum pengamal undang-undang itu mula menguruskan dokumen berkaitan permohonan sijil kelahiran bayi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.

Malaysia tuan rumah dua program anjuran IACA, SPRM Julai ini - Azalina
Malaysia akan menjadi tuan rumah program RSA anjuran bersama SPRM dan AoP IACA pada 11 hingga 14 Julai ini.

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Wartawan mengaku tidak salah terima rasuah RM20,000
B. Nantha Kumar, 42, didakwa secara rasuah menerima wang tunai itu daripada Muhammad Zahid, seorang warganegara Pakistan.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.