Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana sebuah persatuan yang melibatkan seorang individu bergelar Datuk Seri.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata Datuk Seri terbabit yang memegang jawatan penting dalam persatuan itu disyaki terlibat dalam penyelewengan dana mencecah jutaan ringgit.
"Kita terima maklumat berlaku penyelewengan dalam persatuan itu. Sekarang masih dalam proses siasatan lagi dan kita juga telah panggil kakitangan dalam persatuan itu untuk disoal siasat.
"Datuk Seri yang merupakan bekas ahli politik dan dianggarkan berumur 60-an itu masih belum dipanggil dan kalau perlu dia akan dipanggil untuk bantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lain mengenai kes itu.
Shaharom Nizam berkata SPRM juga juga sedang menjalankan siasatan terhadap pihak pengurusan tertinggi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung kes tuntutan palsu yang turut mencecah nilai jutaan ringgit.
Sementara itu, Shaharom Nizam berkata pada tahun ini pihaknya telah membuka sebanyak 50 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan di negeri ini dan menahan seramai 79 individu terdiri daripada 29 penjawat awam serta 50 orang awam.
Katanya, sebanyak 12 pertuduhan telah pun dibuat di mahkamah pada tahun ini.
"Banyak lagi kes yang sedang dalam kajian tetapi kita akan berusaha untuk mempercepatkan siasatan bagi membolehkan kes tersebut dibawa ke mahkamah," katanya.
Terdahulu, beliau bersama lebih 10 pegawai dan anggota SPRM menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di sekitar Alor Setar menerusi Pogram Ziarah Ramadan yang julung kali diadakan.
"Sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama kita mahu berkongsi kegembiraan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019
![SPRM Kedah siasat penyelewengan dana libat 'Datuk Seri' SPRM Kedah siasat penyelewengan dana libat 'Datuk Seri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552529445_SPRM.jpg)
SPRM juga juga sedang menjalankan siasatan terhadap pihak pengurusan tertinggi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung kes tuntutan palsu. - Gambar fail
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
![Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723765317_JudgeKennethKing.jpg)
Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah
Hakim Kenneth King memaksa gadis 15 tahun pakai gari dan pakaian penjara kerana 'kesalahannya' tertidur semasa mengikuti lawatan ke mahkamah.
Virus mpox: WHO sahkan jangkitan pertama di luar Afrika
Jangkitan dengan jenis baru virus mpox dikesan di Sweden, pada Khamis.
Keputusan bawa pulang angkasawan diumum hujung bulan
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan membuat keputusan akhir bulan ini berhubung misi membawa pulang dua angkasawan, Barry Wilmore dan Sunita Williams yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapal angkasa Starliner dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
![Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714465953_TBPengarahLHDNj.jpg)
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
![Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709879482_Anwar.jpg)
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707371940_TBSAARANIAWANI.jpg)
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
![Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706794375_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
![Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706336776_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
![Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703897828_TBAnwaribrahimso.jpg)
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
![Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700894954_RamananRamakrishnan.jpg)
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
![Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699579309_AlejoVidalQuadras.jpg)
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
![Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698972104_TanSriMohdZahidi.jpg)
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
![Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641994715_WanSalimWanMohdN.jpg)
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.