Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar pembalak-pembalak haram dikenakan hukuman lebih berat termasuk "hukuman sebat" bagi membolehkan isu ini ditangani habis-habisan dan efektif.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, hukuman penjara yang dikenakan kini dilihat masih belum mencukupi untuk pesalah balak berkenaan.
"Setakat denda sahaja tidak mencukupi. Kalau hukuman penjara tidak mencukupi juga, mungkin kita boleh mengkaji hukuman sebat, bergantung kepada kesesuaian dengan kesalahan yang dilakukan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan Pelancaran Kempen Tanpa Hadiah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.
Jelasnya, aspek paling penting yang harus ditekankan kini adalah hukuman yang mempunyai skop penghapusan.
SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai kanan polis kerana menerima rasuah berjumlah RM16,000 daripada pembalak haram di Sarawak.
Pegawai berkenaan berjawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis di sebuah daerah di Sarawak.
SPRM juga baru-baru ini melancarkan Ops Tukul yang membawa kepada penahanan pembalak-pembalak haram.
Sembilan pembalak haram telah dituduh sejak minggu lalu.
Ops Tukul dilancarkan SPRM bermula 20 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram.
Tambah Mohd Shukri, Jabatan Perhutanan kini perlu menilai semula sistem dan prosedur yang sedia ada serta memperketatkan undang-undang.
"Kalau ada masalah kelemahan undang-undang atau kekangan prosedur, mohon atasi perkara tersebut secepat mungkin. Kalau pegawai tidak mencukupi, kita kena selesaikan isu tersebut.
"Hal ini sebab saya banyak menerima maklum balas berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan di mana kawasan adalah luas dan pegawai tidak mencukupi.
"Pihak-pihak berkenaan haruslah memperluas kuasa mereka kerana ini adalah pelaburan untuk menyelamatkan harta sendiri," katanya.
Mengulas mengenai Ops Tukul, Mohd Shukri berkata, inisiatif penguatkuasaan yang dijalankan oleh SPRM telah menyelamatkan hasil khazanah kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM100 juta akibat aktiviti pembalakan haram.
"SPRM telah mengambil tempoh sembilan bulan untuk mengumpul maklumat di Sarawak. Kalau Jabatan Perhutanan berdepan dengan halangan dan kekangan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi, SPRM sedia membantu.
"Biasanya, apabila balak dibawa ke pusat pengumpulan balak atau 'log pond', memang sukar untuk mengenal pasti dari kawasan mana balak itu berasal.
"Untuk itu, kita boleh gunakan 'remote sensing', kepakaran forensik dan DNA unuk mengatasi kekangan itu," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof turut menyambut baik kerjasama strategik bersama SPRM dalam menangani pembalakan haram dan pencurian pasir.
"Pematuhan kepada Ikrar Integriti serta kempen tanpa hadiah merupakan antara tindakan seterusnya bagi kita. Kita tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dalam apa-apa aspek perhutanan dan alam sekitar," tegasnya.
Astro Awani
Thu Oct 30 2014
![SPRM cadang hukuman sebat kepada pembalak haram SPRM cadang hukuman sebat kepada pembalak haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/71414665906_295x200.jpg)
MOHD SHUKRI: SPRM cadang hukuman sebat kepada pembalak haram - Gambar fail
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu embelajaran digital untuk kecerdasan buatan, AI, bantuan untuk usahawan bumiputera Sarawak dan kemudahan pelupusan sisa pepejal antara yang akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Bangladesh tutup semua universiti kerana protes antikuota
Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak, minggu ini.
Macron terima peletakan jawatan PM Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron secara rasmi menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Gabriel Attal, berikutan kekalahan parti pemerintah dalam pilihan raya Parlimen.
FBI sertai siasatan kes kematian enam pelancong di Thailand
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyertai pihak berkuasa Thailand dalam menyiasat kes kematian misteri enam warga asing di sebuah hotel mewah di Bangkok, pada Selasa.
'Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza' - Pegawai PBB
"Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza"
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
[TERKINI] Joe Biden dijangkiti COVID-19 ketika berkempen di Vegas
Presiden AS, Joe Biden, alami gejala ringan COVID-19 dan akan kuarantin di Delaware, kata Setiausaha Akhbar White House.
Israel sekat penyelesaian dua negara - Guterres
Polisi Israel di Tebing Barat menghalang prospek penyelesaian dua negara, kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
![Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah
Kelulusan dua RUU itu selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
![Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717208020_JoeBiden.jpg)
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652258596_DatukMohdAmarNik.jpg)
Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.
![Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619947470_TBTakiyuddin.jpg)
Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.
![Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650875681_bakarkeretapolis.jpg)
Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.
![Enam lori balak diarah berpatah balik Enam lori balak diarah berpatah balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627527441_TBLoriBalak.jpg)
Enam lori balak diarah berpatah balik
Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak.
![Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618980993_SPRMMDBrasuah.jpg)
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
![Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619180679_TrelerterbalikdiG.jpg)
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
![Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata' Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611726022_mapim.jpg)
Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'
Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun lalu.
![Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611280347_TBBanjirBalak.jpg)
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
![Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604490757_JHSSADUPANTAUHUTA.jpg)
Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram
Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan Teknologi Hiperspektral pertama di Malaysia.
![Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599061269_mautbertembunglori.jpg)
Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak
Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bertembung dengan lori membawa muatan balak.