Dalam kenyataan media pada Rabu, SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya itu dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Susulan itu, SPRM telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 24 Jun lalu.
"SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat.
"SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi," jelas kenyataan tersebut.
BACA: 'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM
