Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang dengan sikap golongan terpelajar terhadap rasuah apabila hasil kajian persepsi mendapati kira-kira 16 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil.
Beliau berkata angka itu diperoleh hasil Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah (KPKT) oleh SPRM di kalangan 1,000 mahasiswa di seluruh negara tahun lepas.
"Angka ini membimbangkan kerana kajian tahun 2015 menunjukkan 10.7 peratus dan tahun sebelumnya (2014) 11.3 peratus sahaja pelajar yang menyatakan kesanggupan menerima rasuah," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus universiti itu di sini, hari ini.
Seramai 15 dekan dan ketua jabatan UniMAP menandatangani dan melafazkan IBR diketuai Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang turut disaksikan pengarah SPRM Perlis, Yaacob Angah.
Kajian tersebut juga mendapati 18.2 peratus pelajar yang ditemui bersedia memberi rasuah agar mereka tidak dikenakan tindakan iaitu peningkatan sebanyak 0.8 peratus daripada 17.4 peratus pada tahun 2015, kata Shamsun Bahrin.
Beliau berkata kajian juga mendapati jumlah pelajar yang sanggup melaporkan kes rasuah merosot kepada 66.3 peratus berbanding 74.1 peratus pada 2015 dan 74.9 peratus pada 2014.
"Saya ingin mengingatkan, tak usah takut memberi maklumat kerana identiti pemberi maklumat dilindungi di bawah undang-undang Akta Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi," kata Shamsun Bahrin.
Katanya data SPRM daripada 2011 hingga sekarang menunjukkan hanya 162 individu berani tampil memberi maklumat berkaitan kes rasuah kepada agensi itu.
Menurut Shamsun Bahrin, SPRM melancarkan Kempen Wira Anti-Rasuah (WAR) dan menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di IPT, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Mara (IPMa) bagi mewujudkan budaya benci rasuah dalam kalangan golongan berkenaan.
Sementara itu, Zul Azhar berkata UniMAP berbangga kerana menjadi Universiti Awam (UA) kedua selepas Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) menandatangani dan lafaz IBR.
Katanya UniMAP juga menyerahkan kertas cadangan bagi menubuhkan Badan Beruniform Berkredit ''Troop Siswa SPRM UniMAP'' kepada Shamsun Bahrin yang mewakili SPRM.
Troop Siswa SPRM UniMAP bertujuan menerapkan budaya integriti dan benci rasuah dalam kalangan generasi muda di samping saluran untuk menempatkan pelajar UniMAP mengikuti latihan industri dengan SPRM di seluruh negara, kata Zul Azhar. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
![SPRM bimbang sikap golongan terpelajar terhadap rasuah SPRM bimbang sikap golongan terpelajar terhadap rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471402642_SPRM.jpg)
Data SPRM daripada 2011 hingga sekarang menunjukkan hanya 162 individu berani tampil memberi maklumat berkaitan kes rasuah kepada agensi itu. Gambar fail
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![[KOLUMNIS] Peranan penting unit penyelidikan kepada kecemerlangan akademik universiti [KOLUMNIS] Peranan penting unit penyelidikan kepada kecemerlangan akademik universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720684649_UnitpenyelidikanS.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan penting unit penyelidikan kepada kecemerlangan akademik universiti
Dengan adanya unit penyelidikan, ia dapat membantu anggota fakulti mengembangkan lagi minat kepada penyelidikan dari segi usaha mendapatkan geran dan penajaan penyelidikan.
![Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717594626_TBAhmadSabkiYusof.jpg)
Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan 110,004 peniaga mendaftarkan perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) sejak ia diperkenalkan pada 2020 hingga 30 April lepas.
![Nilai potensi anak, elak paksa ikuti bidang tidak diminati Nilai potensi anak, elak paksa ikuti bidang tidak diminati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709521000_TBgradjpg.jpg)
Nilai potensi anak, elak paksa ikuti bidang tidak diminati
Pertimbangan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat lebih tinggi perlu dibuat dengan melihat kepada kemampuan dan kebolehan anak.
![Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709629218_TBZambryAbdKadir.jpg)
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
![IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699423045_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas.
![COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702884664_TBZambryAbdulKadir.jpg)
COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry
Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi diminta merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan COVID-19.
![[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban? [KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681110559_graduanUniversitiM.jpg)
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
![KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679207193_TBGHAZALI.jpg)
KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin
Perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.
![Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698913407_tbUTP.jpg)
Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.