Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, berkenaan isu penjualan tanah ladang berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan yang dibuat Badan Bertindak Peneroka Gatco, namun akan mengambil masa memandangkang perkara tersebut berlaku 40 tahun lalu.
"Jika ada asas, (SPRM) akan ambil tindakan seterusnya untuk memastikan hak rakyat dan penduduk Gatco terbela," katanya selepas bertemu dan mendengar sendiri keluhan penduduk kampung tersebut, di sini hari ini.
Lawatan itu susulan aduan yang dibuat badan bertindak penduduk kepada SPRM pada Rabu lepas. Hadir sama Pengerusi MIC Jelebu R. Ravi yang juga Pengerusi MIC Cawangan Kampung Serampang Indah.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata walaupun isu Ladang Gatco pernah dibawa ke mahkamah atas kes sivil, perkara itu tidak menghalang siasatan SPRM yang meneliti pada aspek rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
"Saya mahu SPRM menjadi badan pencegahan rasuah dan agensi rakyat yang akan bertindak untuk rakyat tidak kira bangsa dan agama.
"Kalau sekiranya hak-hak rakyat diceroboh dan dikhianati oleh orang yang tamak dengan salah guna kuasa, SPRM akan bertindak," katanya.
Terdahulu, Ravi menyerahkan lebih 150 dokumen melibatkan urusan jual beli tanah di Ladang Gatco dan aduan setebal tujuh muka surat kepada Dzulkifli.
Antara lain badan bertindak penduduk kampung itu mendakwa terdapat penyelewengan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah sekitar RM500 juta.
Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabkan ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.
PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan tersebut sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.
Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
Datuk Dzulkifli Ahmad berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan yang dibuat.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.