Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memberi penjelasan di mahkamah sekiranya kerajaan Pulau Pinang meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap badan itu susulan dakwaan penemuan 'maklumat mengejutkan' tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR tidak akan menghalang sebaliknya melihat perkara itu jalan penyelesaian terbaik.
"Kita tidak boleh halang, ini bukan kali pertama, penjelasan akan diberi di mahkamah dan kita serah kepada mahkamah untuk buat keputusan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program #Jom Kita Daftar Undi - Singgah Mesra SPR di Kampung Ruat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merancang untuk menyaman SPR susulan dakwaan penemuan 'maklumat mengejutkan' berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan enggan mendedahkan maklumat tersebut.
Dalam perkembangan lain, Mohd Hashim berkata, data Daftar Pemilih pada suku keempat 2016 mencatatkan seramai 14,305,849 warganegara telah mendaftar sebagai pemilih.
Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara sehingga 4 Jan tahun ini, jumlah warganegara yang berusia 21 tahun dan ke atas ialah 18.16 juta orang, katanya.
"Ini bermakna jumlah warganegara yang belum mendaftar sebagai pengundi menurun kepada 3,858,471 orang berbanding 4.1 juta orang pada suku ketiga tahun lalu," katanya.
Tambahnya, angka 4.1 juta itu sukar untuk berganjak namun menerusi usaha-usaha yang dijalankan oleh SPR dan sokongan semua pihak telah berjaya meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih.
"SPR yakin dan percaya jumlah ini akan terus berkurangan bagi tempoh suku pertama 2017, yang sedang diproses ketika ini.
"Usaha yang dijalankan oleh SPR dengan kerjasama pihak lain termasuklah swasta dan media, akan terus meningkatkan lagi jumlah pendaftaran pemilih pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, katanya, peningkatan drastik terhadap daftar pemilih berlaku di kawasan bandar dan luar bandar memandangkan usaha mendaftar pengundi dijalankan secara serentak di seluruh negara.
"Bagaimanapun, terdapat beberapa kebimbangan SPR iaitu dari segi sikap golongan yang tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, serta keengganan pengundi berdaftar untuk keluar mengundi, selain faktor tempat mengundi yang jauh.
"SPR berperanan memikirkan jalan terbaik bagi memudahkan pengundi berdaftar untuk mengundi, jika di negara lain ada buat perubahan besar, bawa kotak undi ke dalam kampung tetapi jika kita buat SPR akan dituduh macam-macam," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Mohd Hashim (gambar) berkata, berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara sehingga 4 Jan tahun ini, jumlah warganegara yang berusia 21 tahun dan ke atas ialah 18.16 juta orang. Gambar fail
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Dana syarikat arak: Akmal pertahan kenyataan Fadhlina
Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.