Sebanyak 51,746 daripada 94,638 permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) diluluskan sehingga 31 Mei lepas, kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Hasbullah Osman.
Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 46,576 unit telah disiapkan, 2,516 unit dalam proses pembinaan dan 2,654 permohonan sedang dalam peringkat dokumen perjanjian.
Tambahnya, sebanyak 35,923 permohonan telah ditolak dan sebanyak 6,969 permohonan kini masih di dalam senarai menunggu.
“Berdasarkan statistik semasa, Pahang adalah yang kelima tertinggi di seluruh negara dengan pemohonan sebanyak 9,899.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,579 permohonan telah diluluskan di mana 4,009 unit RMR telah berjaya disiapkan, 321 unit dalam proses pembinaan dan 249 permohonan lagi sedang dalam peringkat dokumen perjanjian.
“Ketika ini terdapat 725 permohonan masih dalam senarai menunggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, SPNB mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta RMR yang disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.
Pada majlis itu, seramai 12 kontraktor menerima sijil penghargaan kerana berjaya menyiapkan RMR.
Selain itu 19 pemilik RMR menerima sumbangan korporat SPNB dan 19 pemohon lagi menerima surat makluman kelulusan RMR 2020.
Turut diadakan pada majlis itu, simbolik Menandatangani Dokumen RMR 2020.
Dalam pada itu kata Hasbullah, sebanyak 809 permohonan diterima di Parlimen Maran.
Ujarnya, sebanyak 350 permohonan telah diluluskan, 291 unit RMR telah berjaya disiapkan, 10 unit dalam proses pembinaan dan 49 permohonan dalam peringkat dokumen perjanjian.
“Terdapat 38 permohonan masih dalam senarai menunggu.
“Pada tahun ini, sebanyak RM243 juta telah diperuntukan bagi membina 2,983 unit RMR di seluruh negara dengan mengutamakan senarai menunggu sedia ada.
“Program RMR ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di seluruh negara. Dengan sambutan yang diterima menyebabkan jumlah permohonan melebihi peruntukan tahunan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.
Hasbullah turut berharap, lebih banyak peruntukan dapat disalurkan dalam pengumuman Bajet 2021 akan datang.
Astro Awani
Sat Jun 20 2020

Ismail (lima dari kiri) menyerahkan surat makluman kelulusan RMR sambil disaksikan oleh Hasbullah (empat dari kiri). - Gambar SPNB

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).