KUALA LUMPUR: Jurang perbezaan peratus lulus antara sekolah di bandar dan luar bandar menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah semakin mengecil apabila mencatat 0.53 peratus berbanding 1.34 pada 2019.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin, 60 sekolah yang terletak di bandar mencatat pencapaian lulus sebanyak 91.12 peratus, manakala 151 sekolah di luar bandar pula berjaya merekodkan kadar lulus sebanyak 90.59 peratus.
Tambahnya menerusi Laporan Keputusan Peperiksaan 2020, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM negeri Sabah mencatatkan peningkatan dari segi kualiti yang diukur melalui pencapaian Gred Purata Negeri (GPN).
‘’Pencapaian GPN SPM 2020 adalah 5.34 berbanding dengan 5.38 pada 2019 iaitu berlaku peningkatan sebanyak 0.04 mata.
‘’GPN 2020 juga merupakan yang terbaik sepanjang dalam tempoh empat tahun lepas dengan tahun 2017 mencatatkan 5.51 diikuti 2018 (5.44),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, keputusan SPM 2020 di negeri itu juga mencatatkan pencapaian 90.42 peratus bagi yang layak mendapat sijil (sekurang-kurangnya mendapat gred E dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah) berbanding 87.79 pada 2019.
“Terdapat peningkatan sebanyak 2.63 peratus bagi mereka yang layak mendapat sijil peperiksaan. Sebanyak 15 buah sekolah mencapai 100 peratus bagi calon mendapat keputusan peperiksaan,” tambahnya.
Antara lain, 241 (0.72 peratus) calon di negeri itu berjaya memperoleh gred A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 198 atau 0.59 peratus pada 2019.
Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 0.13 peratus sekali gus mencatat angka tertinggi dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jun 11 2021
Antara lain, 241 (0.72 peratus) calon di negeri itu berjaya memperoleh gred A (A, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 198 atau 0.59 peratus pada 2019. FOTO: BERNAMA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Skala gred SPM tular di media sosial bukan milik Lembaga Peperiksaan - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan bahawa 'Skala Gred SPM' yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian tersebut.
#DiariLockdown: Perancangan masa depan selepas SPM 2020
Beberapa warga maya menasihatkan kepada semua bekas pelajar SPM 2020 supaya merancang masa depan sebaiknya.
15 calon SPM Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo lulus 100 peratus
15 calon SPM 2020 sekolah Henry Gurney Puncak Borneo lulus 100 peratus.
SPM 2020: Jurang peratusan sekolah bandar dan luar bandar di Sabah mengecil
Jurang perbezaan peratus lulus antara sekolah di bandar dan luar bandar menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah semakin mengecil apabila mencatat 0.53 peratus.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.
SPM 2020: Kegigihan calon luar bandar atasi cabaran pandemik berjaya lonjak pencapaian
Lokasi tidak menjadi batas yang menghalang calon luar bandar SPM 2020 catat pencapaian lebih cemerlang berbanding calon bandar.
SPM2020: Atasi umpan 'game', Amir berjaya dapat 11A
Proses PdPR pada awalnya satu kejutan apabila terpaksa menahan diri daripada pelbagai tarikan di rumah semasa mengulang kaji pelajaran.
Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini di UPUOnline mulai 15 Jun
Pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.
Calon SPM 2020 individu hebat, duduki peperiksaan dalam pandemik COVID-19 - PM
PM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon SPM 2020 yang menerima keputusan sebagai individu hebat yang menduduki peperiksaan dalam situasi negara dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.
SPM 2020: Apa rahsia kecemerlangan keputusan di sebalik cabaran pandemik?
Keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini membuka lebih banyak persoalan berbanding jawapan.