Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R.Ganesan hari ini memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerana memfitnahnya melalui penerbitan dan pengeluaran perkataan yang mengatakan terdapat VCD salah laku seks melibatkan beliau.
Lima Adun berkenaan adalah V.Sivakumar (Tronoh), A.Subramaniam (Buntong), Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis) dan Lim Pek Har (Menglembu).
Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 12 tengah hari oleh peguam yang mewakili Ganesan, Azad Bashir.
Ketika ditemui pemberita, Azad berkata selain tuntutan ganti rugi khas berjumlah RM25 juta secara bersama-sama dan berasingan terhadap kesemua defendan, anak guamnya turut menuntut injunksi, faedah dan kos.
Ganesan yang turut hadir berkata beliau mengambil tindakan undang-undang itu selepas tidak menerima maklum balas daripada kelima-lima wakil rakyat itu walaupun laporan polis telah dibuat dan surat tuntutan telah dihantar kepada mereka.
Beliau berkata peguamnya telah mengeluarkan surat tuntutan itu pada 15 Jan lepas terhadap kesemua defendan untuk menarik balik perkataan berkenaan dan meminta maaf kepadanya dengan terma-terma tertentu.
Bernama
Wed Feb 06 2013
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Speaker Perak fail saman malu RM25 juta
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R.Ganesan hari ini memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Anggota Dewan Undangan Negeri.