KUALA LUMPUR:Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau ada kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Jelasnya, apabila RUU 355 itu sudah berada dalam peraturan mesyuarat, maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada mendahulukan atau tidak kedudukan rang undang-undang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Ia (RUU 355) sudah ada dalam peraturan mesyuarat dan apabila ia ada dalam peraturan mesyuarat maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada ia mahu angkat balik atau tidak kerana Kerajaan ini walaupun dalam peraturan mesyuarat itu ada satu dua akta, tetapi esok dia boleh sisip lagi, lusa dia boleh sisip lagi.
"Kalau ikut peraturan mesyuarat kita kalau Kerajaan yang angkat (usul) dalam masa 24 jam pun boleh diberi masuk dalam," katanya dalam satu sidang media di Parlimen.
BACA: RUU 355: Hadi tinggalkan dewan sambil tersenyum tanpa sepatah kata
BACA: RUU 355: Zahid serah kepada Speaker tentukan nasib usul Hadi
Jelasnya, Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan Kerajaan perlu didahulukan.
"Jadi usul dari ahli yang berhormat ini kalau menepati peraturan mesyuarat, itu sebab senaraikan dalam order paper. Apabila disenarai dalam order paper itu, ia tertakluk kepada mana usul yang telah dikemukakan dulu, maknanya mengikut turutan. Mana ahli berhormat yang buat usul, dan usul menepati segala syarat, maka kita masukkan dalam order paper," jelasnya lagi.
Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat.
"Pada hari pertama sidang, cuma ada tiga rang undang-undang, keempat usul RUU 355. Jadi ada yang memikirkan bahawa ini memang sudah boleh dibahas.
"Saya tidak boleh kata ia boleh dibahas atau dibuat-buat kerana selepas rang undang-undang dibahas ada lagi, malah undang-undang sebelum ini pun belum datang dalam pengetahuan saya kerana mereka (Kerajaan) berhak berbuat begitu dalam 24 jam," jelas beliau lagi.
Namun katanya, dalam keadaan tertentu dan untuk kepentingan orang ramai, speaker Dewan Rakyat mempunyai budi bicara untuk membenarkan sesuatu usul dengan mengubah peraturan mesyuarat.
"Di situ baharulah saya boleh buat peraturan mesyuarat 15.5 contohnya," tambahnya.
Masuk hari ketiga perbahasan di Dewan Rakyat, usul dikemukakan Abdul Hadi berada di kedudukan kelima dalam aturan urusan mesyuarat.
Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU 355 akan dibahaskan sama ada sebelum atau selepas Bajet 2017 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 20 2016
![Speaker Dewan Rakyat tiada kuasa ubah kedudukan RUU 355 - Pandikar Amin Speaker Dewan Rakyat tiada kuasa ubah kedudukan RUU 355 - Pandikar Amin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/61446822842_PandikarAminMulia.jpg)
Pandikar Amin juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708239194_TBWanSalimWanMohdNo.jpg)
Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.
!['Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu 'Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703309532_MohamadSabu.jpg)
'Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu
Beliau khuatir dengan situasi itu dan menegaskan Amanah secara jelas dan tegas meletakkan perjuangan mendukung Maqasid Syariah sebagai misi dan perjuangan parti.
![Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355 Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677762499_TBKHAIRULNADZIR.jpg)
Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355
Pas mengakui masih wujud 'ketakutan' sesetengah pihak terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.
![Apa sahaja usaha martabat rakyat dan Islam akan diteruskan - Menteri Agama Apa sahaja usaha martabat rakyat dan Islam akan diteruskan - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/61469196327_MohdNaimMokhtar.jpg)
Apa sahaja usaha martabat rakyat dan Islam akan diteruskan - Menteri Agama
Kata Mohd Na'im, ini termasuklah perihal Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
![RUU355, RUU babit akta kawalan doktrin, agama akan dibentang kepada Kerajaan Negeri RUU355, RUU babit akta kawalan doktrin, agama akan dibentang kepada Kerajaan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631340277_MenteriDiJabatanP.jpg)
RUU355, RUU babit akta kawalan doktrin, agama akan dibentang kepada Kerajaan Negeri
Sepanjang 2020 dan 2021, jawatankuasa teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan kedua-dua RUU tersebut.
![Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61593825382_DrShamrahayu.jpg)
Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan
Undi tidak percaya adalah penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan.
![Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599724077_MuktamarPas.jpg)
Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan
Muktamar Tahunan Pas ke-66 melakar sejarah sejak parti Islam itu kembali berada dalam Kabinet kerajaan selepas 43 tahun.
![RUU Mahkamah Syariah: Yang kritik tu budak lagi - Presiden Pas RUU Mahkamah Syariah: Yang kritik tu budak lagi - Presiden Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573009034_TBHADIAWANGjpg.jpg)
RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas
Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas seperti Terengganu dan Kelantan sudah laksanakan RUU itu melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.
![Kaum India tidak perlu bimbang dengan RUU 355 Kaum India tidak perlu bimbang dengan RUU 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81575724036_950x600.jpg)
Kaum India tidak perlu bimbang dengan RUU 355
Warga bukan Islam harus sedar dan yakin bahawa RUU355 hanya membabitkan warga Islam dan tidak berkait dengan pelaksanaan hudud di kalangan warga bukan Islam.
![Akta RUU 355 mampu cegah LGBT Akta RUU 355 mampu cegah LGBT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511950008_CourtGavel.jpg)
Akta RUU 355 mampu cegah LGBT
Nasrudin Hasan berkata hukuman juga perlu ditingkatkan supaya ia memberi pengajaran yang mampu menimbulkan penyesalan.