GEORGE TOWN: Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dilihat sebagai satu perkembangan yang positif, terutama untuk memisahkan peranan dan tugas pihak penguat kuasa dengan pihak pendakwaan.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.
Beliau berkata sepatutnya JPSM sudah lama ditubuhkan, untuk memudahkan serta melancarkan pengurusan kes yang dikemukakan oleh masyarakat Islam, supaya diselesaikan oleh Mahkamah Syariah.
"JPSM di peringkat Persekutuan tidak akan menghakis kuasa negeri dan tidak akan mengubah kuasa dan fungsi Ketua Pendakwa Syarie Negeri, yang digariskan di dalam Enakmen Hal Ehwal Agama Islam Negeri," katanya ketika dihubungi semalam.
Pada Rabu, media melaporkan, kerajaan akan menubuhkan JPSM dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dilaporkan berkata proses penubuhan JPSM kini dalam peringkat perbincangan.
Beliau dilaporkan berkata kerajaan komited melaksanakan pemerkasaan perundangan syariah secara sistematik dan teratur termasuk menerusi Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Wan Salim berkata, sepatutnya JPSM sudah lama ditubuhkan, untuk memudahkan serta melancarkan pengurusan kes yang dikemukakan oleh masyarakat Islam, supaya diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. - Gambar fail/Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.