PUTRAJAYA:Menteri Kanan Partahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan perayaan Deepavali pada 14 November ini akan dimuktamadkan dan diumum, minggu ini.
Ismail Sabri, berkata draf pertama SOP perayaan Deepavali itu sudah dibentangkan Kementerian Perpaduan Negara, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa penambahbaikan terhadap SOP menerusi draf pertama itu sedang diperhalusi dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Saya percaya dalam sehari dua ini dapat umumkan SOP sambutan Deepavali, ramai yang nak balik kampung, sekarang ada PKPB, ada PKPD dan PKPP di kawasan lain, Kalau dulu SOP sama sahaja sebab seluruh negara semua PKP.
"Jadi kita perlu lihat lebih detail lagi. Minggu ini kita akan umumkan SOP perayaan Deepavali.
"Saya tahu dan sedar ramai yang tertunggu-tunggu kerana perayaan itu pun sudah makin dekat," katanya pada sidang media harian PKP Pemulihan (PKPP) pada Isnin.
Mengulas lanjut beliau berkata penentuan sesuatu lokaliti untuk diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah selepas mendengar penilaian risiko, analisis dan kemungkinan jangkitan yang dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM),
Ismail Sabri berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bergantung kepada penilaian KKM dalam menentukan sama ada lokaliti tertentu perlu diisytiharkan PKPB atau perlu dilanjutkan.
"KKM yang membuat analisis berdasarkan kawasan dan penilaian risiko mengenai kawasan berkaitan, jika sesuatu lokaliti itu mempunyai potensi tinggi dari zon kuning ke merah, maka KKM boleh menasihatkan sidang khas MKN untuk menentukan kawasan itu akan diisytiharkan PKPB atau tidak.
"Semua penilaian bagi lokaliti tertentu dan sama ada untuk memutuskan kawasan itu perlu 'lockdown' sepenuhnya di bawah PKPD ia di bawah penilaian KKM," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan bagaimana MKN mengenal pasti sesuatu kawasan dikenal pasti PKPB dan adakah Kuala Lumpur dan Selangor perlu diteruskan PKPB memandangkan kes positif semakin menurun berbanding Selangor yang menunjukkan sebaliknya.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 02 2020

Beberapa penambahbaikan terhadap SOP menerusi draf pertama itu sedang diperhalusi dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Gambar hiasan/Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.

Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.

Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.

Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.

TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.

PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.