KUALA LUMPUR: Semua pihak, termasuk parti politik dari blok kerajaan, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berulang.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya larangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua perhimpunan berkaitan pilihan raya berkuatkuasa hari ini adalah selepas mengambil pelanggaran SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) melibatkan parti-parti politik.
Jelas Ahli Parlimen Sembrong itu lagi, sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan SOP lebih ketat bermula hari penamaan (8 Nov), semua pihak perlu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat terhadap parti politik.
“Ketika ini, kerana SPR hanya dipertanggungjawabkan dalam perjalanan pilihan raya selepas 8 Nov, maka sebelumnya (25 Okt – 7 Nov) tanggungjawab bawah Akta 342 terletak atas bahu KKM, dipantau MKN, dan dikuatkuasa oleh KDN.
“Jadi dari hari ini sampai 8 Nov, kita kena pastikan tidak ada perkara yang boleh menimbulkan, atau mengundang kemarahan rakyat, terhadap ahli politik, atau parti-parti politik,” katanya kepada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
BACA: PRN Melaka: Semua pihak perlu patuhi larangan KKM demi keselamatan – Sulaiman
BACA: PRN Melaka: Perhimpunan berkaitan pilihan raya dilarang mulai 25 Okt
BACA: PRN Melaka: Kerajaan salah guna program rasmi untuk berkempen, ini reaksi Wan Junaidi
Bermula 25 Okt, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan larangan terhadap sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya, sehingga 27 Nov 2021.
Beliau berkata, larangan itu dibuat selepas pemantauan KKM mendapati terdapat parti-parti politik termasuk UMNO gagal mematuhi SOP seperti di beberapa majlis kebelakangan ini.
Sewaktu persidangan Dewan Rakyat awal hari ini, Ahli Parlimen Kulim – Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution menzahirkan kegusaran parti politik blok kerajaan akan menyalahguna kebenaran majlis rasmi di bawah Fasa 4 PPN untuk tujuan berkempen.
Beliau berkata, adalah tidak adil sekiranya parti kerajaan dibenarkan membuat program rasmi, sedangkan parti-parti lain perlu mengikut SOP ketat oleh SPR.
Mengulas mengenai kegusaran itu, Hishammuddin berkata, jika perkara itu tidak dibenarkan termasuk dalam SOP sebelum ini, maka kerajaan juga terikat, dan penguatkuasaan tidak boleh berat sebelah.
“Kalau ianya merupakan satu yang kita tak benarkan seperti diumumkan, ini juga mengikat kerajaan. Tindakan sama rata mesti diamalkan supaya orang tak lihat ada double standard dalam kita nak laksanakan, dan pantau SOP yang sedia ada sehingga SPR mengambil alih pada 8 Nov ini, dalam masa kempen Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Oct 26 2021
Hishammuddin berkata, beliau percaya larangan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap semua perhimpunan berkaitan pilihan raya berkuatkuasa hari ini, selepas mengambil pelanggaran SOP Fasa 4 PPN melibatkan parti-parti politik. - Foto BERNAMA
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.