KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan umat Islam yang akan menunaikan solat sunat Aidiladha esok mematuhi prosedur operasi standard (SOP) solat sunat berkenaan seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
"Hanya diri kita yang boleh jaga nyawa kita sendiri selain ketentuan Ilahi. Kita mesti menang," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sini hari ini.
Ismail Sabri berharap sambutan hari raya korban kali ini akan memberi iktibar tentang erti 'pengorbanan' untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dan membantu negara pulih sepenuhnya.
Katanya, walaupun ia disambut dan diraikan dalam keadaan berjauhan daripada kedua ibu bapa, keluarga dan kampung halaman, namun beliau berharap cabaran pengorbanan ini akan dapat dilalui bersama demi kesejahteraan dan keselamatan insan-insan yang disayangi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam berkata, solat sunat Aidiladha dan khutbah Hari Raya serta ibadah korban bagi tahun ini dibenarkan dengan mengikut ketetapan SOP dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.
Turut dibenarkan ialah takbir Hari Raya Aidiladha di semua masjid dan surau di kawasan dalam Fasa Dua PPN.
Lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iailah Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya, adalah tidak dibenarkan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan umat Islam yang akan menunaikan solat sunat Aidiladha esok mematuhi SOP solat sunat berkenaan seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.

Solat sunat Aidiladha di Perlis digalak di tanah lapang
Pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing.

Aidilfitri 2023 meriah, pertama dalam tiga tahun tidak ditetap SOP khas
Tinjauan mendapati kebanyakan jemaah yang hadir memakai pelitup muka seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang
Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Agong, PM tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara
Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Negara sekitar jam 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah dibenarkan di Perak
Baginda turut memberi perkenan solat sunat Aildilfitri dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di semua masjid dan surau.

Jemaah surau Taman Pelangi dakwa warga asing datang dari kawasan berhampiran
Seorang penduduk berkata, dia sendiri tidak dibenarkan masuk ke surau kerana sampai lambat dan jumlah jemaah telah mencukupi.

Ingkar SOP solat Aidiladha: Polis tahan reman 49 lelaki bantu siasatan
Reman empat hari dikeluarkan ke atas 48 warga Bangladesh manakala seorang lelaki tempatan direman selama tiga hari.

Aidiladha: Penduduk rai kebenaran solat sunat di tempat terbuka
Mereka menjadikan ia peluang bertentang mata dengan jiran tetangga bagi mengeratkan silaturahim dalam keadaan norma baharu.

Solat sunat Aidiladha: Umat Islam dinasihat patuh SOP - TPM
Datuk Seri Ismail Sabri ingatkan umat Islam yang akan menunaikan solat sunat Aidiladha esok mematuhi SOP solat sunat berkenaan seperti ditetapkan.