KOTA BHARU: Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri ini, mulai esok.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata namun kedudukan antara para jemaah adalah berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Aktiviti solat Jumaat turut dibenarkan di halaman atau perkarangan masjid berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter. Kakitangan masjid dan para jemaah yang hadir wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bagi penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac wajib melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua, manakala bagi penerima vaksin tunggal iaitu Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
"Jemaah yang hadir ke masjid hendaklah menunjukkan bukti sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas masjid," katanya sambil menambah kebenaran berkenaan telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Mohamad Rizam turut berkata kakitangan masjid dan para jemaah yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka dan digalakkan memakai dua lapis pelitup muka, membawa sejadah sendiri serta mengambil wuduk dari rumah masing-masing sebelum ke masjid.
Beliau berkata pihak masjid perlu membuka semua pintu, tingkap dan kipas bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik serta selamat dan penggunaan penyaman udara di masjid, surau dan musala adalah tidak digalakkan.
"Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, kelas-kelas pengajian secara dalam talian adalah digalakkan agar pengimarahan masjid dapat diteruskan," tambahnya.
Beliau mengharapkan semua pihak memberi kerjasama dengan ketetapan tersebut dan sekiranya didapati mana-mana masjid, surau dan musala melanggar semua prosedur operasi standard yang telah ditetapkan itu, akan diarahkan tutup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Jemaah yang hadir ke masjid hendaklah menunjukkan bukti sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas. - Gambar fail
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
Thailand setuju jika Malaysia bina tembok keselamatan dan banjir sepanjang sempadan di Kelantan
Kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk mengusulkan kepada Kerajaan Pusat mengenai pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Projek tebatan banjir, rawatan air di Kelantan sentiasa jadi fokus Kerajaan Persekutuan
Fadillah berkata, semua projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan disiapkan.
Belanjawan 2025: Tiada kemudahan sukan lengkap, Kelantan harap peruntukan tambahan
Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025.