KUALA LUMPUR: Usaha membantu usahawan akan memberi kesan yang lebih besar sekiranya mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak termasuk melalui kolaborasi sesama agensi.
Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kolaborasi strategik antara agensi akan memantapkan ekosistem keusahawanan memandangkan setiap agensi ada kepakaran dan peranan tersendiri.
Mengambil contoh kolaborasi INSKEN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), beliau berkata sehingga kini ribuan usahawan sudah menerima manfaatnya menerusi 40 program latihan dan 17 program bimbingan yang telah dilaksanakan.
“Kolaborasi antara INSKEN dan AIM ini wajar dijadikan contoh dan perlu diperbanyakkan lagi agar lebih ramai dapat menerima bantuan daripada kerajaan khususnya golongan B40 dan usahawan mikro.
Kolaborasi antara INSKEN dengan AIM ini terbahagi kepada dua kategori iaitu melalui penganjuran program latihan dan program bimbingan.
"Sejak awal tahun ini, INSKEN telah berjaya menjalankan 67 kolaborasi strategik melalui pelaksanaan program bimbingan serta latihan kepada usahawan mikro yang berada di bawah kawal selia AIM," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, antara program dijalankan ialah Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone, Pemasaran e-Marketplace Shopee dan Lazada INSKEN Bumiputera Business Coaching, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.
"Usaha seperti ini perlu diperbanyakkan agar lebih ramai dapat menerima bantuan daripada kerajaan khususnya golongan B40 dan usahawan mikro,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, INSKEN telah menjalankan pelbagai kolaborasi rentas agensi dan kementerian sejak dahulu lagi.
"Secara keseluruhan, 3292 usahawan mikro telah dilatih serta dibimbing oleh INSKEN sehingga Ogos 2022.
“INSKEN dan AIM juga komited untuk terus menghulurkan bantuan kepada usahawan melalui pelbagai program latihan serta bimbingan yang telah dirancang serta akan dilaksanakan pada tahun 2022.
“Kolaborasi antara INSKEN dengan AIM telah menunjukkan impak besar kerana lebih ramai usahawan mikro mendapat manfaat daripada segi ilmu keusahawanan bagi meneruskan kelangsungan serta memajukan perniagaan mereka," katanya.
Ridauddin Daud
Fri Sep 09 2022

Tan Sri Noh Omar berkata, kolaborasi strategik antara agensi akan memantapkan ekosistem keusahawanan memandangkan setiap agensi ada kepakaran dan peranan tersendiri. - Foto fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.