KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menghantar surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan telah memberi sokongan kepada syarikat milik Datuk Peter Anthony agar syarikat itu diberikan kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan ektrikal (M&E) di universiti berkenaan.
Najib ketika itu adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Merujuk kepada surat penafian bertarikh 26 Nov 2014 yang dikeluarkan UMS, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Raja Mohd Shasrizam Raja Nik berkata penafian itu berikutan tindakan dua pegawai UMS mengeluarkan surat sokongan kepada Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd, milik Peter, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Katanya, surat penafian itu turut menyatakan bahawa UMS sedang mengambil tindakan disiplin terhadap bekas Pengerusi Ulink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said serta bekas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Prof Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang kerana mengeluarkan surat-surat sokongan tanpa pengetahuan Naib Canselor UMS ketika itu, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Surat itu dikemukakan peguam Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin, yang mewakili Peter kepada saksi pendakwaan ke-11 itu pada hari ketujuh perbicaraan kes Peter yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem berkenaan.
Pada 8 April lepas, saksi pendakwaan kesembilan, Abdullah, 66, memberitahu mahkamah bahawa beliau berasa ditipu oleh Peter berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di UMS itu serta telah dikenakan tindakan tatatertib dan didenda oleh pihak pengurusan UMS selain dipindahkan jawatan.
Program 'smart partnership' atau perkongsian pintar itu merupakan hasrat Peter untuk Ulink Property dan Asli Jati menjalin kerjasama, dengan syarikat tersebut akan membina bangunan di UMS Urban Transformation Centre (UTC) secara tanggungjawab sosial koporat (CSR) bagi kemudahan pelajar universiti menjalani latihan kemahiran, kursus jangka pendek dan lain-lain kursus.
Sebelum ini, Shariff, 66, saksi pendakwaan kelapan memberitahu mahkamah bahawa Peter juga telah memperdayakannya dengan meminta beliau menandatangani dua surat sokongan yang sepatutnya berkaitan program perkongsian pintar, namun surat yang ditandatangani adalah surat penyambungan tender.
Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.
Beliau juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 19 Mei depan dengan Najib dipanggil menjadi saksi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Peter, 50, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu. - Gambar fail
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu
Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 12 keping wang kertas Amerika Syarikat palsu berjumlah US$1,200 tiga bulan lepas.
Pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah guna gelaran Datuk palsu
Ahmad Husam, 34, dari Kodiang, Kedah didakwa menggunakan gelaran dan anugerah 'Datuk' tidak diiktiraf pada profil akaun Facebook.
Buli siber pempengaruh Esha, pemandu lori dipenjara 12 bulan
Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menggunakan komunikasi lucah serta mengaibkan pempengaruh TikTok, Esha yang maut dipercayai dibuli, empat tahun lepas.
Op Global: Seorang lagi ahli GISB akan didakwa esok
Seorang lelaki yang juga ahli GISB akan didakwa pada esok pagi atas tuduhan mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.
Tipu pelaburan lebih RM85 juta: Bekas perunding syarikat kewangan diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansor, 54.
Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT
Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa punca kematian pegawai kadet TLDM J.Soosaimanicckam enam tahun lepas adalah disebabkan strok haba.
Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah lepas bebas kes rasuah
Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Langat terlepas hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Kontraktor, pekerja didakwa atas tuduhan merompak
Tertuduh Ling Siaw Hock, 33, dan Alson Ik Kai Jun, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
Bekas penolong pengurus bistro didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000
Seorang bekas penolong pengurus sebuah bistro mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000, tujuh tahun lepas.