KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu menyokong dan membenarkan anak OKU mereka melakukan perkara yang diminati.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata ada dalam kalangan OKU yang tidak boleh berbicara namun berupaya mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti menari, menyanyi dan melukis.
"Persepsi mereka (orang ramai) dia tengok kita (OKU), orang fikir orang OKU tidak ada daya dan segalanya, jadi hari ini, ia membuktikan bahawa kita boleh melakukan semua yang kita mahu sekiranya kita meletakkan fikiran untuk itu.
"Dan saya galakkan ibu bapa yang mempunyai anak berbakat supaya membenarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu lakukan," katanya selepas konsert mini 'Kau dan Aku' di Pusat Seni Persembahan Damansara, di sini malam tadi.
Konsert mini yang dianjurkan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) malam ini adalah yang pertama daripada tiga malam, menyaksikan persembahan tarian, nyanyian serta persembahan alat muzik daripada golongan istimewa.
Beliau yang juga pengerusi Bernama berkata konsert tersebut akan menjadi antara platform untuk OKU menambah 'duit poket' selepas negara dilanda pandemik COVID-19 yang sememangnya menjejaskan kewangan mereka.
Konsert tersebut dihadiri kira-kira 60 penonton dan dianjurkan setiap tahun bermula tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Ras Adiba berkata ada dalam kalangan OKU yang tidak boleh berbicara namun berupaya mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti menari, menyanyi dan melukis. -Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.

Ibu bapa anak OKU perlu lebih terbuka, pastikan golongan itu berdikari
Ia bagi memastikan anak OKU dapat menyesuai serta menguruskan diri sendiri pada masa hadapan terutama selepas ketiadaan ibu bapa.

Banjir: Ibu kepada tiga anak OKU berkeras keluar hospital, risau keadaan keluarga
Setelah berbincang dengan pihak hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur kerana diberikan kebenaran untuk keluar.

Ibu kandung, bapa tiri didakwa eksploitasi seks anak perempuan OKU
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas kesalahan memperdagangkan anak perempuan OKU mereka bagi tujuan eksploitasi seks.

Bapa, teman wanita ditahan dera anak OKU
Wanita OKU berusia 31 tahun itu merupakan anak kepada seorang lelaki berumur 60 tahun yang ditahan bersama kekasihnya berumur 47 tahun.

'Kadang dua minggu terputus bekalan makanan' - Suri rumah jaga suami strok, anak OKU
Zawani menambah perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.

Pelukan terakhir anak OKU sebelum maut dalam kebakaran
Ketika kejadian, anaknya yang tinggal sendirian di rumah manakala dia bekerja di salah sebuah pasar mini berdekatan.

Kasih ibu tak pudar walau jaga anak OKU terlantar selama 60 tahun
Munah berkata, Murni adalah amanah terbesar serta menjadi cahaya hati serta pengubat kedukaan dalam hidupnya.