SHAH ALAM: Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian merupakan medan yang baik untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam menyampaikan maklumat dan menjawab persoalan rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, meskipun kemungkinan soalan yang dilontarkan orang ramai nanti agak panas dan kontroversi tetapi beliau beranggapan ia sebagai cabaran malah bersedia untuk menjawabnya.
“Soalan panas memang kesukaan saya. Itu baharu cabaran. Soalan yang mungkin tidak terduga apatah lagi kontroversi memang perkara biasa untuk ahli politik.
“Kalau sudah berkecimpung dalam dunia ini, kita mesti bersedia, perlu tingkatkan pembacaan dan pengetahuan.
“Lagipun sebagai orang politik, kita perlu banyak bercakap dan berkomunikasi secara tidak langsung supaya banyak maklumat dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Salahuddin turut menyatakan keyakinan terhadap Sinar Harian sebagai platform media dalam mengendalikan interaksi antara rakyat dan menteri.
“Jadi mengapa tidak, saya menerima tawaran tersebut dengan penuh rasa bangga dan terhormat.
“Ini adalah masa untuk kita berinteraksi secara santai tetapi juga profesional. Ia merupakan peluang bagi KPDN menerangkan peranan atau isu yang sebelum ini kabur dan tidak difahami oleh rakyat,” ujarnya.
Menurut beliau, Program Town Hall itu juga merupakan medium terbaik untuk KPDN mengadakan pameran.
“Pengunjung boleh mendapat maklumat yang mungkin selama hari ini tidak mengenal rapat tentang peranan besar KPDN.
“Justeru, orang ramai bukan sahaja dapat menonton malah boleh melihat pameran yang disediakan oleh pihak kementerian,” tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, meskipun kemungkinan soalan yang dilontarkan orang ramai nanti agak panas dan kontroversi tetapi beliau beranggapan ia sebagai cabaran malah bersedia untuk menjawabnya. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Soalan panas memang kesukaan saya - Salahuddin
Program Town Hall Rakyat merupakan medan yang baik untuk KPDN dalam menyampaikan maklumat dan menjawab persoalan rakyat.