KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Sunway (SMC) bersama Fourier Intelligence baru-baru ini mewujudkan ruangan khusus, 'TRoom', kemudahan pertama di Asia Tenggara, dalam usaha mempelbagaikan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan di kemudahannya.
Terletak di Menara D, SMC, TRoom ialah persekitaran khas yang direka untuk membantu pesakit dengan keperluan berbeza, menggunakan teknologi dan peranti fizikal untuk merangsang deria, rawatan perubatan, menilai prestasi fizikal dan membantu pembelajaran.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMC, Sunway, Sunway City, Dr Seow Vei Ken, berkata sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini, pasukan pelbagai disiplin sentiasa meneroka cara baharu dan inovatif untuk memberi perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pesakit.
"Bersama 22 sub-kepakaran pediatrik, termasuk perkhidmatan pembangunan kanak-kanak, hospital kami terus berkembang dan kini termasuk TRoom dan bilik permainan deria, yang merupakan antara inisiatif terbaru untuk membantu pesakit muda yang berdepan dengan masalah pembelajaran.
"Kami bangga menjadi institusi perubatan pertama di Asia Tenggara bekerjasama dengan Fourier Intelligence untuk menawarkan sistem simulasi teknologi digital dan imej di Pusat Perkembangan Kanak-kanak yang baru dibuka di Menara D," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahan pula, kenyataan itu memaklumkan bahawa melalui sistem canggih TRoom seperti pengecaman suara dan muka, realiti maya dan pengalaman realistik, sesi terapi mewujudkan persekitaran yang menenangkan sambil memastikan kemajuan proses pemulihan yang lebih baik untuk pesakit.
Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global, Fourier Intelligence. Zen Koh berkata, kerjasama dengan SMC menandakan mercu pencapaian penting ke arah kecemerlangan dalam teknologi rehabilitasi.
Beliau berkata pengenalan TRoom, adalah bukti komitmen teguh syarikat terhadap inovasi.
"Usaha penyelidikan dan pembangunan berdedikasi kami membolehkan kami menyediakan teknologi baharu dan termaju, memperkasakan proses rehabilitasi dan membolehkan pakar perubatan memberikan rawatan yang dipertingkatkan yang memberi kesan positif kepada pemulihan pesakit.
""Sokongan padu SMC, kami bersedia untuk merevolusikan penjagaan pesakit dengan mengabungkan penyelesaian yang canggih. Perkongsian ini menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam visi bersama kami untuk membawa perubahan dalam bidang rehabilitasi," katanya.
Fourier Intelligence secara aktif mengambil bahagian dalam acara dan persidangan industri untuk menyelaras kemajuan dalam industri pemulihan seperti menyertai Minggu Rehabilitasi (RehabWeek 2023) yang julung kali dianjurkan di Asia di Singapura dari 24 hingga 28 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMC, Sunway, Sunway City, Dr Seow Vei Ken. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pusat Perubatan Sunway tersenarai dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway berada dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024.

SMC tawar T-Room, pusat rehabilitasi paling canggih, pertama di Asia Tenggara
TRoom menggunakan teknologi dan peranti fizikal untuk merangsang deria, rawatan perubatan, menilai prestasi fizikal dan membantu pembelajaran.

Pusat Perubatan Sunway tawar rawatan pemindahan sel stem buat pesakit kanser
Pemindahan sel stem adalah satu kaedah imunoterapi dimana sistem imuniti badan akan dipertingkatkan bagi melawan darah atau sel-sel kanser.

Pusat Perubatan Sunway pelopor pembedahan penggantian sendi robotik negara
Ia menggunakan dua sistem robotik termaju, iaitu Mako SmartRobotics dan ROSA Knee System.

BellaBot inovasi baharu buat kakitangan Pusat Perubatan Sunway
Robot "kucing" dinamakan BellaBot itu merupakan satu-satunya robotik pertama dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia.

Vaksin: Apa yang perlu ditakutkan?
Apa yang perlu ditakutkan? Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang penerima vaksin COVID-19 berusia 75 tahun ketika ditemui Astro AWANI.