Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat pukul 9 pagi ialah 8 peratus.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini di akaun Twitter sebentar tadi.
Berdasarkan peratusan tersebut, dianggarkan seramai 1,820 daripada 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
SPR sebelum ini dalam kenyataan menyarankan pengundi untuk keluar mengundi pada masa yang digalakkan seperti tertera pada kad pengundi.
SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Slim adalah 70 peratus.
Namun, pihaknya mengharapkan peratusan tersebut boleh meningkat kepada 85 peratus sehingga proses pengundian berakhir pada 5.30 petang ini.
PRK N.58 DUN Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dengan dua calon Bebas.
BN diwakili Mohd Zaidi Aziz, 43 manakala dua calon Bebas ialah S Santhasekaran, 44, dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).
Hasimi Muhamad
Sat Aug 29 2020

Seramai 1,820 daripada 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi sudah menunaikan tanggungjawab. -Astro AWANI/Hasimi Muhamad

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Slim Memilih: Kemenangan besar BN cerminan kesepakatan jentera parti - Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim disifatkan sebagai cerminan kesepakatan antara jentera parti.

Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan selesa.

Slim Memilih: Pengundi tertua tunai tanggungjawab
Dia tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 8.30 pagi menaiki kerusi roda yang ditolak anak angkatnya Mohd Riduan Jalil, 58.

Slim Memilih: 8 peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi
Dianggarkan seramai 1,820 daripada 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

LAPOR LANGSUNG: BN kekalkan kerusi DUN Slim
Hari ini, 22,749 pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim akan keluar memilih calon yang bakal memperjuangkan nasib mereka.

Slim Memilih: Lebih 600 petugas kendali PRK DUN - Pengerusi SPR
Seramai 689 petugas dilantik SPR bagi mengendalikan proses pengundian PRK DUN Slim esok, yang melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Slim Memilih: SPR harap 85 peratus keluar mengundi
Datuk Abdul Ghani Salleh berharap keputusan rasmi PRK DUN Slim dapat diketahui selewat-lewat pada pukul 9 malam, 29 Ogos.

PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
SPR meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan SOP pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.

Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5.30 petang ini, membabitkan seramai 267 pengundi awal polis akan mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu di DUN tersebut.

Slim Memilih: Lebih 50 peratus pengundi wanita, dan ini harapan mereka ...
Sejumlah 50.4 peratus daripada 23,094 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan pengundi wanita.