Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru kesemua 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini.
Pada masa sama, meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata pengundi yang telah menerima Kad Pengundi atau mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung.
Beliau juga meminta supaya pengundi keluar mengundi mengikut 'masa mengundi yang digalakkan' seperti tertera pada Kad Pengundi, dan tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir walaupun waktu mengundi ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
"Cadangan masa ini bertujuan mengelakkan pengundi berkumpul dalam jumlah ramai dan setersunya memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pengundi semasa berada di pusat mengundi. Ini selaras dengan prosedur kawalan penyebaran COVID-19.
"Bagi pengundi yang tidak menerima Kad Pengundi kerana kemungkinan berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Ikmalrudin berkata semakan boleh dibuat antaranya melalui portal semakan daftar pemilih, aplikasi MySPR Semak atau menghubungi talian 03-8892 7018.
Beliau turut menasihati pengundi supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak selain daripada petugas pilihan raya.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang dicalonkan oleh Parti Pejuang Tanah Air yang masih dalam proses pendaftaran serta bekas guru, S. Santharasekaran.
Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah menunaikan hak mereka pada Selasa lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Isu babitkan Osman Sapian masih disiasat - Hamzah Zainuddin
Satu siasatan sedang dijalankan berhubung isu bekas menteri besar Johor, Osman Sapian yang hadir ke acara yang dianjurkan parti Pejuang.

Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.

Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan selesa.

Slim Memilih: Kempen PRK DUN Slim tamat
Pelaksanaan PRK dalam kebiasaan baharu menyaksikan ketiga-tiga calon perlu mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 sepanjang berkempen.

PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
SPR meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan SOP pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.

Slim Memilih: Perang bendera masih 'hambar', kebiasaan baharu untuk pilihan raya akan datang?
Kebiasaannya kawasan persimpangan jalan akan dipacak sepanduk-sepanduk dan kain rentang kempen.

Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas
Barisan Nasional (BN) mengakui berdepan cabaran dalam mengatur gerak kerja jentera pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding PRK DUN Chini.

Slim Memilih: Bahang kempen serikan majlis pasangan pengantin
Pasangan pengantin, Nurul Haziqah Mohd Asri dan Muhammad Amirul Aizar begitu teruja menerima kunjungan calon PRK DUN Slim itu.

Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis
Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menjelaskan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan calon pada PRK itu merupakan satu keputusan yang bijak.

Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim
Pengumuman calon PRK DUN Slim itu juga sekali gus menyaksikan kempen pilihan raya bermula secara rasmi hari ini hingga 11.59 malam, 28 Ogos.