Keputusan rasmi PRK Slim
BN menang dengan majoriti 10,945
Kemenangan BN bermakna buat MN dan PN - Presiden Pas
Pas menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sebagai bermakna kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia juga menandakan penerimaan rakyat pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar.
BACA BERITA PENUH
Slim Memilih: Kemenangan besar BN cerminan kesepakatan jentera parti - Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim disifatkan sebagai cerminan kesepakatan antara jentera parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu menyusun strategi dengan cukup baik sehingga membawa kepada kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.
BACA BERITA PENUH
Mohd Zaidi Aziz ADUN Slim baharu
Calon BN Mohd Zaidi Aziz ADUN Slim baharu#SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/qQI4LBAv5w
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 29, 2020
Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.
Ia sekali gus menewaskan dua lagi pencabarnya masing-masing calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran.
BACA BERITA PENUH
Penyokong BN sudah memasuki Dewan Sri Tanjong
Penyokong BN kelihatan sudah memasuki Dewan Sri Tanjong. Turut mengiringi calon BN, Mohd Zaidi Aziz adalah - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak @501Awani #SlimMemilih pic.twitter.com/6ZiOmjYk9V
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
TIDAK RASMI: BN dahului dengan majoriti 5,944 undi
Setakat jam 7.05 malam:
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Keputusan TIDAK RASMI DUN N.58 SLIM
Jumlah peti undi : 45/56
Bebas Pokok - 1,622
BN - 9,980
Bebas Buku - 219
Majoriti - 8,358@501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
Pusat mengundi ditutup, proses kiraan bermula
12 pusat pengundian ditutup
Kesemua 12 pusat pengundian melibatkan 54 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ditutup tepat pukul 5.30 petang setelah dibuka jam 8 pagi tadi.
Sejurus pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 54 saluran itu dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim, di sini.
BACA BERITA PENUH
Kurang 50 peratus keluar mengundi setakat pukul 1 petang
Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mencatatkan peratusan kurang 50 peratus, setakat pukul 1 tengah hari @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Hentikan aktiviti raih undi - SPR
Mana-mana pihak yang masih meraih undi dan berkempen pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hari ini digesa supaya menghentikan aktiviti tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tempoh rasmi berkempen sudah pun tamat pada 11.59 malam tadi.
BACA BERITA PENUH
39 peratus keluar mengundi hingga 12 tengah hari
Berbaki lebih kurang empat jam sahaja lagi, SPR memaklumkan 39 peratus sudah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari tadi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/yb5M3KnZEm
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Pengerusi SPR minta pengundi jangan merajuk
Tidak menjadi satu kesalahan kepada pengundi untuk memakai seluar pendek ketika hadir menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya tidak menetapkan larangan berhubung perkara tersebut.
Sebaliknya, katanya hanya individu yang memakai pakaian mencolok mata dan memaparkan lambang parti sahaja tidak dibenarkan memasuki pusat pengundian.
BACA BERITA PENUH
Tak salah pakai seluar pendek - Pengerusi SPR
Tidak menjadi satu kesalahan kepada pengundi untuk memakai seluar pendek ketika hadir menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim - Pengerusi @sprgovmy @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
29 peratus mengundi hingga 11 pagi - Pengerusi SPR
Peratusan keluar mengundi PRK DUN Slim setakat jam 11 pagi ialah 29 peratus - Pengerusi @sprgovmy @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/aT6WASagX1
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Menteri Kanan Pertahanan berpuas hati
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setakat ini berpuas hati dengan pematuhan SOP pada hari pengundian #SlimMemilih #HapusCOVID19 @501Awani pic.twitter.com/5nDsY4K23M
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
8 peratus keluar mengundi setakat pukul 9 pagi
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat pukul 9 pagi ialah lapan peratus.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini di laman Twitter, sebentar tadi.
Berdasarkan peratusan tersebut, dianggarkan seramai 1,820 daripada 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini, sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
BACA: 8 peratus keluar mengundi setakat pukul 9 pagi
Ketua Polis Perak meninjau pusat pengundian
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman meninjau pusat pengundian di SK Aminudin Baki pada pukul 10.45 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/wWrNH43w56
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Lapan peratus keluar mengundi - SPR
@sprgovmy memaklumkan lapan peratus keluar mengundi setakat pukul 9 pagi tadi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/zpRFXOROSZ
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Calon BN, Mohd Zaidi Aziz tiba 10 pagi
Calon BN, Mohd Zaidi Aziz tiba di Pusat Mengundi SK Aminudin Baki pada pukul 10 pagi untuk meninjau proses pengundian. Katanya, setakat ini tiga Pusat Mengundi sudah dilawati beliau termasuk di Trolak Pekan @501Awani #HapusCOVID19 #SlimMemilih pic.twitter.com/RRYZv6XzFz
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Pesuruhjaya PAS Perak hadir
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria turut hadir meninjau PDM SK Aminudin Baki @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/Po6wfRRdkE
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Penyokong calon Bebas 'berkelah'
Penyokong calon bebas lambang ‘pokok’ membuka ‘berkelah’ di perkarangan SK Slim. Sambil memberikan sokongan, mereka menikmati nasi lemak ?@501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/D68WV9DtB1
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Calon Bebas, S.Shantarasekaran tiba di pusat pengundian
Calon Bebas, S.Shantarasekaran tiba di Pusat Mengundi SK Aminudin Baki pada pukul 9.15 pagi untuk meninjau proses pengundian #SlimMemilih #HapusCOVID19 @501Awani pic.twitter.com/ZHhqkkKt8f
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Penyokong BN dan Bebas bersorak
Sekumpulan penyokong calon Bebas dan Barisan Nasional (BN) dilihat bersorak terhadap satu sama lain selain cuba meminta pengundi yang hadir mengundi calon masing-masing. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/dA2xEWmpxL
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Antara pengundi awal
Antara pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab mereka di PDM SK Slim, hari ini. Rata-rata berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan @sprgovmy #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/osV5IHjEKP
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
Kaunter saringan suhu
Kaunter saringan suhu badan disediakan oleh KKM untuk memastikan SOP dipatuhi sebelum pengundi memasuki Pusat Pengundian @501Awani #SlimMemilih #COVID19 pic.twitter.com/KDgFLfC9Nh
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
12 pusat pengundian dibuka
12 pusat pengundian PRK DUN Slim secara rasmi dibuka tepat jam 8 pagi sehingga 5.30 petang ini. Ketika ini saya berada di PDM SK Slim. Di mana seramai 2,111 pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab mereka di sini @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/94cx8m4GcG
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 29, 2020
PRK DUN Slim berlangsung hari ini
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membabitkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran berlangsung hari ini.
Pusat pengundian mula dibuka 8 pagi ini hingga 5.30 petang.
Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian PRK hari ini.
BACA BERITA PENUH
Slim Memilih: Kempen PRK DUN Slim tamat
Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim secara rasmi tamat pada pukul 11.59 malam tadi.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dan S.Santharasekaran.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Cerita Sebalik Berita: Legasi warisan seni kompang
SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru kesemua 22,749 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini.
BACA DI SINI
Lebih 600 petugas kendali PRK DUN - Pengerusi SPR
Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim esok, yang melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Berbaki kurang 24 jam sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan bagi membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Khamis.
Dalam sesi 'Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad', pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Kehadiran Dr Mahathir dapat sambutan
Jangan jual diri, pesan Tun M kepada Amir Khusyairi
SPR harap 85 peratus keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap peratusan keluar mengundi akan meningkat daripada 70 peratus kepada 85 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, esok.
Selain itu, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh turut berharap keputusan rasmi PRK DUN Slim dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 9 malam, 29 Ogos.
BACA ARTIKEL DI SINI
Akhirnya, tidak perlu minum air berkeladak
Keperitan hidup orang Asli Kampung Changkat Ramu di sini sejak lapan bulan lalu berakhir selepas mereka tidak lagi perlu menggunakan air kotor dan berkeladak.
Astro AWANI sebelum ini menyiarkan kisah penduduk di kampung itu yang terpaksa bergantung kepada air telaga yang digali sendiri, untuk kegunaan harian.
Tinjauan Astro AWANI pada Jumaat mendapati penduduk kampung itu sudah mula menerima bekalan air bersih sejak Selalu lalu.
Hari terakhir kempen
Pengundi PH pada PRU-14 dijangka kembali sokong BN - Ilham Centre
Pengundi yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dijangka kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil N58 Slim yang berlangsung pada Sabtu.
Kajian yang dibuat oleh lham Centre mengenai pola pengundian dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan Slim mendapati, BN akan memperoleh kemenangan yang besar.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI