Kerajaan Pulau Pinang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan projek kereta kabel 'Penang Sky Cab' yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar di negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata cadangan itu tidak mempunyai kaitan dengan kementerian berkenaan kerana 'Penang Sky Cab' bukan sistem pengangkutan awam sebaliknya sebahagian daripada produk pelancongan.
"Tentulah ini tidak ada kaitan dengan pengangkutan awam kerana ia hanya akan mengangkat 10 penumpang bagi satu kereta (kabin) dan ini perlu supaya kita boleh mengatasi masalah kesukaran mendapatkan lesen sekiranya ia satu sistem pengangkutan.
"Kalau kita lihat, sistem ini akan dianggap sebagai satu produk pelancongan yang pada masa yang sama memainkan peranan sebagai satu alternatif bagi pengangkutan awam yang 'lembut'.
"Tentulah ini boleh dianggap sebagai satu pilihan lain. Jadi, ia tidak melibatkan (Datuk Seri) Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) kerana ini bukan sistem pengangkutan awam," katanya pada sidang berita di sini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Liow sebagai berkata pihaknya belum menerima permohonan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung cadangan pembinaan kereta kabel itu.
Rabu lepas, Lim mengumumkan cadangan pembinaan 'Penang Sky Cab' yang merupakan projek kerjasama antara kerajaan negeri dan Penang Sentral, yang masih di peringkat penerokaan dan dijangka siap pada 2018.
Gat Lebuh Nordin di sini dan Penang Sentral di Butterworth akan menjadi terminal perhentian yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai dalam projek itu.
Lim juga berkata projek pembinaan 'Penang Sky Cab' itu tidak melibatkan proses tambakan laut dan sekiranya perlu, ia hanya terhad kepada pembinaan kawasan tempat letak kereta dan terminal perhentian.
"NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang menentang projek ini kerana berpendapat ada tambakan laut, boleh kaji semula kerana hal ini tidak berbangkit," katanya.
Bernama
Sat Apr 18 2015
!['Sky Cab' tidak perlu kelulusan Kementerian Pengangkutan - Guan Eng 'Sky Cab' tidak perlu kelulusan Kementerian Pengangkutan - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
LIM: Cadangan itu tidak mempunyai kaitan dengan kementerian berkenaan kerana 'Penang Sky Cab' bukan sistem pengangkutan awam. -Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713858472_ecrl.jpg)
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
![Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719317087_AnthonyLokeSiew.jpg)
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
![Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718851457_SultanIbrahimSulta.jpg)
Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke
Dana bidaan nombor pendaftaran sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.
![MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717492227_TBZAHIDJHR.jpg)
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
!['Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor 'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717052860_tbAmirudinShari.jpg)
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
![Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716389844_TBANTHONYWESAK.jpg)
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
![Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715415060_AnthonyLoke.jpg)
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
![Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715412162_AnthonyLoke.jpg)
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
![E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715165987_TBEMUTIARA.jpg)
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
![Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714807830_AnthonyLoke.jpg)
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.