Indeks Syariah Malaysia bagi tahun 2015 menunjukkan pencapaian skor keseluruhan 75.42 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan skor indeks itu secara tidak langsung menunjukkan kerajaan serius dalam mengambil kira pandangan rakyat, prihatin dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi meringankan beban rakyat.
Laporan Indeks Syariah Malaysia itu diumumkan Najib ketika Majlis Perdana Ulama Umara 2016 dan pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia 2016 hari ini.
Indeks Syariah Malaysia merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan juga program kerajaan.
"Kerajaan tidak pernah mengabaikan pandangan rakyat, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha mencari solusi yang terbaik bagi meringan beban rakyat.
"Apa yang terhasil ini akan mendorong dan melipatgandakan usaha mensejahterakan rakyat dan menambahbaik kekurangan yang ada," katanya.
Jelas Najib lagi, Indeks Syariah bermatlamat besar ke arah perpaduan ummah yang mana beliau selaku pemimpin akan terus perjuangkan.
Ia dilaksanakan tanpa mengambil hak dan ubah cara hidup bukan Islam di Malaysia.
"Dalam negara kita ada orang bukan Islam, kita masyarakat majmuk, Maqasid Syariah ini janganlah dilaksanakan sehingga bertentangan Perlembagaan negara, bertentangan dengan mengambil hak mereka daripada beragama lain atau mengubah cara hidup mereka, ini akan timbul permasalahan dalam masyarakat," katanya lagi.
Sistem pengukuran yang pertama kali diperkenalkan di dunia adalah berdasarkan hasil dapatan penyelidikan yang telah berjalan selama enam bulan di seluruh Malaysia dengan tenaga kepakaran seramai 133 orang penyelidik dalam pelbagai disiplin ilmu.
Sehubungan itu, Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pelaksanaan Indeks Syariah yang dipengerusikan oleh beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dilantik sebagai setiausaha dalam jawatankuasa ini.
Jelasnya, ia sebagai usaha untuk memastikan Indeks Syariah bergerak lebih efektif dan berimpak tinggi dan semua cadangan diambil tindakan yang sewajarnya dan membuktikan komitmen kerajaan.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan pencapaian indeks kelapan-lapan bidang iaitu, pendidikan 82.5 peratus; perundangan Islam 87.19 peratus; ekonomi 65.27 peratus; politik 79.19 peratus; kesihatan 73.92 peratus; sosial 68.52 peratus; kebudayaan 66.47 peratus dan prasarana dan persekitaran 62.13 peratus.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas kerana yakin ia akan menumpukan penambahbaikan sistem bagi masa depan.
"Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri iaitu penubuhan satu jawatankuasa di peringkat kabinet.
"Tindakan akan lebih senang dilaksanakan, mungkin tidak semua tetapi tentu ada dasar, ada pelaksanaan," kata Abdul Shukor ketika ditemui pemberita.
Selain itu, Abdul Shukor juga berkata beberapa negara luar termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam OIC, sudah menunjukkan minat dan mahu melihat hasil pelaksanaan Indeks Syariah di Malaysia.
Dania Zainuddin
Mon Mar 28 2016
Jelas Najib lagi, Indeks Syariah bermatlamat besar ke arah perpaduan ummah yang mana beliau selaku pemimpin akan terus perjuangkan.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skor Indeks Syariah Malaysia 2015 catat 75.42 peratus
Skor indeks itu secara tidak langsung menunjukkan kerajaan serius dalam mengambil kira pandangan rakyat, prihatin prihatin dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik.