Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menjalankan pemantauan atau pemerhatian sendiri terhadap laman sesawang lucah terutama yang berkaitan pornografi kanak-kanak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
SKMM hanya akan membantu polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan sekiranya ada permintaan untuk mengambil tindakan ke atas laman sesawang lucah, kata beliau.
"SKMM akan membantu pihak berkuasa dalam kes-kes tertentu. Itu tindakan di bawah bidang kuasa mereka. Perjudian dalam talian juga boleh dipantau, jika ada permintaan, mereka akan membantu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu (IPC) di sini pada Khamis.
Menurut satu portal dalam talian, unit baharu polis yang dilengkapkan dengan teknologi canggih seperti dalam filem Mission Impossible, telah ditubuhkan baru-baru ini untuk menjejaki pengguna yang melayari laman pornografi atas talian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata tugas utama Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) yang baru dilancarkan ialah untuk memantau trafik di laman sesawang lucah terutama yang berkaitan pornografi kanak-kanak.
Ia akan mengenal pasti identiti dan lokasi dalam masa nyata, 24/7, pengguna Internet yang melayari laman sesawang dan membangunkan pangkalan data individu-individu tersebut - portal yang kerap mereka layari, berapa lama mereka meluangkan masa di laman itu, dan fail-fail yang mereka muat naik dan muat turun - yang dapat membantu pihak berkuasa untuk mendakwa mereka.
Polis akan memantau mereka yang melayari laman sesawang ini dari semasa ke semasa dan menggunakan perisian yang dibangunkan khas untuk mengenal pasti identiti, lokasi dan menjejaki jika mereka melayari laman sesawang lucah, terutama berkaitan pornografi kanak-kanak.
Maklumat yang dikumpulkan itu akan diserahkan kepada SKMM untuk mendapatkan butiran pengguna internet.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Gobind Singh melawat Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu di Shah Alam selepas melancarkannya pada Khamis. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.