Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diperkukuh.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, SKMM komited untuk memperhebatkan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Untuk tujuan itu, SKMM telah mewujudkan sebuah pasukan penguatkuasaan berdedikasi bagi menangani kandungan di media sosial yang telah melanggar undang-undang ataupun yang berupaya mencetuskan kebimbangan dan kekacauan awam agar tindakan penguatkuasaan segera dapat diambil, katanya.
VIDEO: Jumpa pihak berkepentingan sebelum pindaan - SKMM
VIDEO: Kerajaan tingkat penguatkuasaan, perkemas undang-undang SKMM
Dr. Halim menambah, langkah tersebut adalah perlu menyedari bahawa platform tersebut kini disalah guna oleh segelintir pihak untuk menyebarkan pembohongan dan menyemai kebencian yang memudaratkan ketenteraman awam.
Sesetengah peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia perlu dipinda bagi memperkasakan peranan penguatkuasaan SKMM. Sebagai contoh, penalti untuk kesalahan-kesalahan perlu diteliti semula bagi memastikan AKM dilihat lebih berkesan sebagai satu langkah pencegahan, katanya.
Dr. Halim menjelaskan, pindaan kepada AKM perlu mengambil kira keadaan persekitaran dalam talian yang sudah berubah sepanjang tempoh 17 tahun yang lalu memandangkan Akta berkenaan digubal pada 1998. Sebagai contoh, pada 1998, media sosial masih tidak wujud ketika itu. Untuk menangani aspek tersebut, perlu ada klasifikasi hukuman dalam AKM serta penerangan jelas berhubung tindakan penguatkuasaan yang diperlukan.
Satu lagi trend untuk dipertimbangkan ialah para pengguna yang menggunakan maklumat tersebut kini juga adalah pihak yang menerbitkan kandungan.
Dr. Halim turut menegaskan, kajian semula AKM bukan hanya berkisar kepada usaha memperkukuh keupayaan penguatkuasaan SKMM semata-mata. Malahan, banyak lagi bahagian dalam AKM dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Akta MCMC) yang turut dikaji mengambil kira lanskap industri Komunikasi dan Multimedia yang sudah jauh berubah.
Beliau turut melahirkan harapan kajian semula ke atas AKM dan Akta MCMC akan mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan kondusif kepada pengguna untuk menggunakan Internet secara positif, selain menghalang pengguna menggunakan Internet untuk mencetuskan kebimbangan dan ketidakstabilan kepada negara.
MCMC akan meneruskan usaha memperhebat literasi media untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik pengguna menggunakan Internet secara positif menerusi program-program literasi media yang sedang berlangsung ketika ini. Menyekat akses kepada kandungan dalam Internet tidak semestinya jalan penyelesaian utama.
Orang awam mesti sedar akan kepentingan menggunakan Internet secara bertanggungjawab dan positif. Kita harus mengelak situasi di mana majoriti pengguna yang menggunakan Internet secara bertanggungjawab menerima kesan hanya kerana perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pengguna. Langkah terbaik ialah untuk sentiasa berpegang kepada kebenaran, kata Dr. Halim.
Bernama
Wed Aug 05 2015
Pengerusi MCMC, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, SKMM komited untuk memperhebatkan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang. - Gambar Fail
Polis rampas dadah lebih RM11,000 di Bayan Lepas
Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Barat Daya dalam hantaran di Facebook memaklumkan suspek berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
ASEAN25: Malaysia anjur dialog hak asasi manusia dan hak alam sekitar pertama
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
Novak Djokovic dakwa ‘diracun’ semasa ditahan di Melbourne pada 2022
Dakwa Djokovic, dia telah "diracun" melalui makanan yang dijamu di sebuah hotel di Melbourne.
Cip, GPU buatan Malaysia mampu wujud, 5-10 tahun akan datang
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) ‘Buatan Malaysia’ dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata negara boleh merealisasikan industri itu dengan memanfaatkan sektor hiliran dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan semikonduktor di peringkat pemasangan dan pengujian
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata negara boleh merealisasikan industri itu dengan memanfaatkan sektor hiliran dan tidak hanya bergantung kepada pembuatan semikonduktor di peringkat pemasangan dan pengujian
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Kes mahkamah Trump: Mahkamah tinggi New York tolak permohonan Trump
Mahkamah tertinggi New York pada Khamis menolak permintaan Donald Trump untuk menangguhkan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya selepas sabitan atas pertuduhan jenayah berkaitan bayaran wang diam kepada seorang bintang lucah.
Bomba terpaksa pakai air tasik padam api di Los Angeles
Situasi di California bertambah buruk dengan masalah kekurangan air bersih yang kronik selepas saiz kebakaran hutan yang melanda sebahagian besar kawasan di Los Angeles meningkat lebih empat kali ganda sejak awal pagi Khamis.
Arab Saudi dijangka dilanda banjir kilat, hujan lebat hingga Ahad ini
Penduduk Arab Saudi diberi amaran agar bersiap sedia menghadapi cuaca buruk termasuk ribut petir dan banjir kilat yang dijangka melanda beberapa kawasan di negara itu sehingga Ahad ini.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
SKMM sambut baik saranan PM perkukuh aspek perundangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diperkukuh.