KUALA TERENGGANU: Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 billion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin buat masa ini hanya 20 peratus subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40, manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.
"Hampir 50 peratus daripada subsidi kerajaan digunakan oleh orang dalam kategori yang berada, orang kaya, kenderaan besar dan macam-macam lagi.
"Jadi saya fikir asas untuk kerajaan membuat keputusan (skim subsidi bersasar) adalah sangat kukuh, supaya lebih peratusan dapat sampai kepada golongan sasar (B40)," katanya selepas Majlis Perjumpaan MPN Bersama Nelayan Terengganu di Pelabuhan LKIM Cendering, Kuala Terengganu, hari ini.
BACA: Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
BACA: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek bantuan nelayan berjumlah RM20 juta daripada MAFI kepada Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU).
Ia termasuk bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan sebanyak RM14.2 juta; elaun sara hidup (RM4.2 juta) dan dana khas PENENTU (RM1.6 juta).
Tambah Muhyiddin, hasil penjimatan tersebut boleh disalurkan semula kepada golongan B40 seperti petani dan nelayan, yang sangat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bagaimanapun, cara pelaksanaan atau mekanisme agihan perlu diperhalusi dengan teliti oleh kerajaan, bagi memastikan ia benar-benar sampai dan dinikmati oleh golongan sasar.
"Cadangan ini kita sedang bincang di peringkat MPN dan akan bawa ke kabinet pada masa yang sesuai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Menurut Muhyiddin buat masa ini hanya 20 peratus subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40, manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Kerajaan perlu pastikan prestasi baik ini bawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.

Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.

Kerajaan masih teliti semula subsidi, bantuan kepada rakyat termasuk petrol RON95
Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan diperincikan dari semua aspek supaya inisiatif itu dapat berjalan dengan lancar.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720263071_NozelMinyak.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.

MAA jangka impak penyasaran subsidi diesel ke atas jumlah jualan keseluruhan industri tidak ketara
Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan.

Kerajaan salur RM1 bilion sebulan subsidi diesel, ketirisan RM4.5 juta sehari - Amir Hamzah
Kerajaan membelanjakan RM1 bilion setiap bulan untuk subsidi diesel manakala kerugian akibat ketirisan mencatatkan jumlah yang besar sebanyak RM4.5 juta sehari.