KUALA LUMPUR: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh mendapatkan rawatan percuma menerusi Skim Perubatan MADANI di klinik perubatan swasta berdaftar di tujuh daerah terbaharu, menjadikan skim berkenaan tersedia di 21 daerah seluruh negara.
Menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) selaku pelaksana skim itu, daerah yang terlibat ialah Kota Bharu dan Pasir Mas di Kelantan, Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis.
"Penerima STR di semua daerah ini boleh mula mendapatkan rawatan percuma seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Skim Perubatan MADANI bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250 manakala RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.
Penerima manfaat boleh mengenal pasti klinik terdekat dan semak kelayakan di laman sesawang www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani selain aplikasiMySejahtera.
Sementara itu, ProtectHealth telah menerima 210 permohonan pihak klinik swasta untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan MADANI dengan 25 klinik telah beroperasi di tujuh daerah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Skim Perubatan MADANI mula beroperasi di tujuh lagi daerah Skim Perubatan MADANI mula beroperasi di tujuh lagi daerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691548080_SKIMPERUBATANMADAN.jpg)
Skim Perubatan MADANI bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250 manakala RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang. - Gambar fail/ecentral.my/skim-perubatan-madani/
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700726986_ZalihaMustafa.jpg)
Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.
![Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691548080_SKIMPERUBATANMADAN.jpg)
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
![Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695110477_TBzaliha.jpg)
Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692358923_TBANWAR.jpg)
Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.
![Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686462505_DrZalihaMustafa.jpg)
Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
![Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603243638_JabatanKecemasan.jpg)
Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.