KUALA LUMPUR: Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia melibatkan prosedur rawatan dan pemeriksaan kesihatan di 2,347 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara yang berdaftar dengan skim berkenaan.
"Skim ini antara usaha meningkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan kepada rakyat selain insiaitif lain termasuk melanjutkan operasi 52 Klinik Kesihatan kerajaan di seluruh negara selepas waktu pejabat serta proses janji temu dalam talian menerusi aplikasi MySejahtera di 903 Klinik Kesihatan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai usaha meningkatkan fasiliti dan kemudahan di klinik-klinik kesihatan seperti kekurangan doktor pakar, ambulans dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan yang sangat teruk di hospital utama.
Skim Perubatan MADANI pertama kali diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas dengan kemudahan berkenaan ditawarkan secara automatik kepada penerima Bantuan Tunai Rahmah.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff mengenai sama ada kementerian membuat kajian mengenai kekurangan kemudahan perubatan di Klinik Kesihatan, Dr Zaliha mengakui ketika ini beberapa klinik tidak dilengkapi kemudahan yang diperlukan penduduk sekitar fasiliti kerajaan itu.
"Kita akan terokai perkara ini dan kita akan buat satu dasar baharu untuk atasinya, dan dalam dasar itu bagi pembinaan-pembinaan Klinik Kesihatan baharu selepas ini mungkin perlu ada seperti kemudahan X-ray dan makmal, jadi bagi isu-isu kesihatan berkaitan itu pesakit tidak lagi perlu dirujuk ke hospital utama," katanya.
Selain itu, Dr Zaliha berkata kementerian optimis komitmen untuk menaik taraf 1,200 fasiliti kesihatan daif yang sudah dikenal pasti akan siap sepenuhnya pada 2025 sekali gus memenuhi keperluan semasa.
"436 fasiliti sedang dinaik taraf tahun ini dan dengan tatakelola baik (dari projek itu) kita dapat tambah 75 lagi fasiliti untuk dibaik pulih, manakala tahun depan dengan peruntukan ditambah RM300 juta, kita akan tambah baik 400 lagi fasiliti kesihatan.
"Kita juga dalam fasa melaksanakan perolehan 590 kenderaan ambulans yang dilengkapi peralatan perubatan dan akan diagihkan kepada hospital dan Klinik Kesihatan pada suku kedua tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Dr Zaliha berkata ia melibatkan prosedur rawatan dan pemeriksaan kesihatan di 2,347 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara yang berdaftar dengan skim berkenaan. - Gambar fail

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.