Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan skim harga maksimum bagi ayam standard sekiranya masih berlaku kenaikan harga secara mendadak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan menetapkan harga siling bagi ayam standard sama seperti yang dilaksanakan ketika musim perayaan jika ada keperluan.
"Pagi tadi saya melawat pasar berdekatan dan sempat berbual dengan peniaga ayam. Mereka akui ada kenaikan harga ayam hampir 40 peratus dan pihak kami juga ada menerima aduan daripada pengguna. Jadi, kami di kementerian khususnya pihak penguatkuasaan telah membuat pemantauan.
"Pada peringkat awal, kami memberi amaran dahulu supaya jangan jual dengan harga yang begitu tinggi. Kami dapat maklumat, mungkin pihak pemborong dan penternak yang menaikkan harga ayam ini.
"Peniaga ayam tak ada ruang untuk mendapat keuntungan pun kerana harga yang dibekalkan kepada mereka itu tinggi," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke MSM Prai Berhad, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, difahamkan ada peniaga yang menjual ayam pada harga antara RM10 dan RM11 sekilogram, berbanding RM7.50 ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Nanta berkata, buat masa ini pihaknya belum menetapkan harga siling bagi ayam standard memandangkan musim perayaan sudah berakhir.
Sementara itu, Nanta turut menasihatkan penternak supaya menjual ayam secara terus kepada peniaga bagi mengelak kenaikan harga ayam secara mendadak.
"Kita dapati penternak menjual ayam kepada anak-anak syarikat mereka atau pemborong dan di situ mereka menaikkan harga. Penternak boleh jual secara terus kepada peniaga kecil untuk bantu mereka, jangan semua dijual kepada pemborong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020

Nanta membuat tinjauan di sebuah pasar di Butterworth pada Sabtu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander

Gara-gara masakan tak sedap, isteri dirantai dan dipukul dengan kayu
Leher mangsa diikat pada perabot selepas pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan dia turut dipukul dengan kayu.

Padah curang, mayat bekas suami jadi baja kebun sayur
Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.